Berita Harian

NIKMATI PERCUTIAN DENGAN SI KECIL

-

KEBIASAANN­YA ibu bapa gemar tinggal di rumah atau mengelak untuk melancong jika mempunyai bayi yang berumur satu tahun ke bawah. Ini kerana kebanyakan bayi dalam lingkungan itu belum dapat berjalan dan masih memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuhnya.

Namun, tidak salah jika anda mahu bercuti dan membawa bayi kecil bersama.

Beberapa tip mungkin dapat membantu supaya anda mempunyai masa bercuti atau melancong dengan berkualiti bersama keluarga dan bayi.

1. Susu dan makanan bayi

Keperluan utama bayi adalah susu dan makanan. Pastikan bayi anda minum susu dengan mencukupi kerana perjalanan yang panjang boleh menyebabka­n dehidrasi.

Pastikan makanan bayi dibawa berlebihan daripada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga kerana mungkin makanan bayi anda tidak dapat didapati di tempat yang dikunjungi. Jika menaiki penerbanga­n, tidak perlu risau kerana makanan bayi terkecuali daripada sekatan cecair.

2. Elak keracunan makanan

Kebanyakan bayi berumur satu tahun ke bawah masih diberi susu ibu. Pastikan ibu tidak terkena keracunan makanan kerana risiko bayi untuk terkena keracunan makanan juga tinggi. Makan makanan yang betul-betul dimasak dan elak makan di gerai atau kedai makan yang kebersihan­nya kurang memuaskan. Makanan yang ibu makan biasanya sebati dengan susu yang diberikan kepada bayi, jadi mencegah adalah lebih baik kerana bayi yang sakit bukan saja memenatkan bayi itu sendiri, malah ibu bapa.

3. Bawa bayi berjalan

Sekiranya anda menggunaka­n kenderaan yang mengambil masa yang panjang seperti kereta api mahupun kapal terbang, bayi mudah untuk rasa bosan atau jemu kemudian menangis.

Bangun dari tempat duduk dan bawa bayi berjalan-berjalan supaya dia dapat melihat pemandanga­n baru. Bayi tidak mudah bosan sekiranya melihat perkara baru.

4. Elak gigitan nyamuk

Gigitan nyamuk secara amnya tidak menyakitka­n bayi dan hanya meninggalk­an kesan, namun ia menjadi bahaya sekiranya nyamuk itu membawa penyakit atau aedes. Jika tempat tinggal anda berisiko mempunyai nyamuk, elakkan penggunaan krim penghalau serangga kerana sesetengah­nya tidak sesuai untuk bayi yang masih kecil.

Pasang penghalau nyamuk elektrik beberapa jam sebelum waktu tidur dapat mengurangk­an risiko gigitan nyamuk dan pastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa waktu senja dan waktu tidur.

5. Bawa kamera

Selepas membawa segala keperluan yang lain, jangan lupa untuk bawa kamera bersama-sama bagi merakam memori percutian bersama si kecil.

Bawa sekali pengecas kamera dan kad memori berlebihan supaya setiap detik indah anda bersama bayi tidak dilupakan terutama kepada bayi anda setelah dia besar kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia