Berita Harian

Tempe coklat Missla masuk pasaran Ireland

Idea cetusan anak sulung jadi punca rezeki ibu tunggal

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

Kampung Gajah: Kegagalan rumah tangga dibina bersama bekas suami 14 tahun lalu dan terpaksa mengambil alih mendidik lima anak menjadikan Junaidah Abdul Moin, 49, cekal serta membuktika­n tulang empat kerat mengusahak­an perniagaan tempe bukan sia-sia sehingga mampu menembusi pasaran global.

Bergelar ibu tunggal pada usia muda ketika anaknya masih kecil menjadikan Junaidah nekad menghasilk­an inovasi perniagaan tempe berperisa coklat sebagai sumber rezeki.

Beliau yang juga pesakit kanser payudara tahap tiga, lega apabila pengalaman­nya berulang alik ke Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang, Selangor selama lapan bulan dengan hanya menaiki bas demi inovasi itu berhasil dan produknya diterima ramai.

Junaidah lebih mesra disapa Missla berkata, biarpun kombinasi dua makanan itu agak janggal, namun ia tetap memberikan rasa yang seimbang dan unik, sekali gus menonjolka­n rasa tempe tanpa menutup rasa asli coklat.

Katanya, beliau menghasilk­an tempe sejak 2006, inovasi makanan itu dicetuskan anak sulungnya, Nash Azrin Shah Zamhari, 27, yang mahu produk tempe dipelbagai­kan dan mereka mula menghasilk­an tempe coklat pada 2013.

“Pada mulanya, saya hairan bagaimana mahu menggabung­kan dua makanan ini kerana belum pernah lihat orang buat coklat campur tempe.

“Tetapi kami cuba juga untuk mencari kelainan dan sedia mengambil risiko biarpun lebih 10 kali gagal dalam percubaan, namun itu sedikit pun tidak melunturka­n semangat saya.

“Kemudian saya mendapatka­n bantuan MARDI dan hasil perit getir berulang alik tanpa mengira penat inovasi coklat ini menghasilk­an rasa yang seimbang,” katanya ketika ditemui di bengkel industriny­a di FELCRA Bandar Seberang Perak, Changkat Lada di Kampung Gajah, baru-baru ini.

Kini produk di bawah jenama Missla itu mempunyai tiga jenis coklat yang semuanya berasaskan tempe iaitu asli, coklat putih dan buah-buahan.

“Setiap bulan kami akan menggunaka­n 100 kilogram coklat dan tempe akan dihiris nipis kemudian dipanggang supaya lebih rangup sebelum dihancurka­n untuk diadun bersama coklat.

“Tempe coklat dihasilkan tiga kali seminggu dengan jumlah pengeluara­n lebih 72,000 bar sebulan, manakala tempe segar pula dihasilkan setiap hari.

“Untuk sebulan kami boleh mengeluark­an 30,000 bungkus tempe segar dengan menggunaka­n 3,600 kilogram (kg) kacang soya,” katanya.

Junaidah berkata, biarpun nisbah penggunaan dua bahan itu berbeza, namun inovasi itu tetap berikan rasa yang seimbang melalui tempe dihancurka­n.

“Sebenarnya ramai juga yang terkejut dan pelik apabila diberitahu kombinasi dua makanan ini, tetapi mereka memberi reaksi positif selepas merasainya sendiri.

“Tak semua orang suka tempe, terutama kanak-kanak, tetapi dengan inovasi ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka merasai tempe warisan ini,” katanya yang turut menghasilk­an sambal tempe.

Nenek kepada empat cucu itu berkata, hasil bantuan MARDI, Lembaga Koko Malaysia (LKM), Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), sambutan terhadap tempe coklat semakin menggalakk­an.

“Alhamdulil­lah, tempe coklat bukan sahaja berada di pasaran tempatan, malah sudah menembusi pasaran antarabang­sa seperti Ireland, Brunei dan Singapura,” katanya.

Junaidah berkata, pengalaman hidup mengajar dirinya terus kuat dan tabah untuk menongkah arus dalam perniagaan yang mencabar.

“Saya anggap apa yang berlaku dalam hidup adalah ujian, termasuk ada yang tidak percaya dengan inovasi tempe coklat yang dihasilkan ini, namun itu menjadikan saya lebih bersemanga­t dan buktinya sudah ramai menerima kombinasi coklat dan tempe.

“Melihat kejayaan rakan lain dengan pengeluara­n yang lebih besar membuatkan saya gembira dan itu menjadi motivasi untuk berjaya seperti mereka,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai penyakit kanser sejak lima tahun lalu, beliau berkata, sudah menjalani dua kali sesi kemoterapi dan kini masih menjalanka­n rawatan susulan.

Katanya, saat dimaklumka­n berita itu, beliau berasakan dunianya gelap dan akan berakhir, namun dia bangkit melawan penyakit berbekalka­n semangat yang ada untuk terus menjalani kehidupan dan menguruska­n perniagaan.

“Saya yakin Allah adalah sebaik-baik perancang dan kenapa saya perlu bersedih dengan ujian ini selepas melalui pelbagai ujian lain. Saya ‘pesan’ dengan diri saya kena kuat dan jalani rawatan,” katanya.

Anak bongsunya, Nash Adi Putra, 14, menyifatka­n ibunya itu wanita cekal dan tabah, biarpun diuji dengan pelbagai ujian untuk membesarka­n mereka lima beradik.

Katanya, walaupun ketika ini ibunya diuji penyakit kanser, namun wanita itu tetap positif dan bekerja supaya tempe warisan mereka terus dikenali.

“Bagi saya dia bukan sahaja ibu, malah dia juga bapa. Pengorbana­nnya menjadikan saya lebih bersemanga­t untuk belajar dan teruskan legasi pembuatan tempe.

“Setiap kali cuti sekolah dan pulang ke rumah, saya akan membantu emak membungkus dan berniaga tempe. Sehingga kini emak masih menjual tempe di pasar, walaupun tempe kami sudah memasuki pasar raya,” katanya yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan.

Saya anggap apa yang berlaku dalam hidup adalah ujian, termasuk ada yang tidak percaya dengan inovasi tempe coklat dihasilkan ini, namun itu jadikan saya lebih bersemanga­t dan buktinya sudah ramai terima kombinasi coklat dan tempe. Junaidah Abdul Moin

 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? Junaidah bersama Nash Adi menunjukka­n tempe coklat dihasilkan di bengkel industri di FELCRA Bandar Seberang Perak, Changkat Lada di Kampung Gajah.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) Junaidah bersama Nash Adi menunjukka­n tempe coklat dihasilkan di bengkel industri di FELCRA Bandar Seberang Perak, Changkat Lada di Kampung Gajah.
 ??  ?? Tempe berperisa coklat Missla sudah masuk pasaran Ireland, Brunei dan Singapura.
Tempe berperisa coklat Missla sudah masuk pasaran Ireland, Brunei dan Singapura.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia