Berita Harian

Harga emas mampu cecah RM300 satu gram

-

Harga emas yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah semalam berpotensi melepasi AS$2,000 (RM8,503.50) satu auns atau kira-kira RM300 satu gram, disebabkan tekanan lebih besar ke atas ekonomi.

Penganalis­is Kanan Penyumbera­n Minelife, Gavin Wendt, berkata tumpuan ketika ini beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan wujudnya ramalan pelaksanaa­n langkah seterusnya dalam memacu ekonomi, termasuk kemungkina­n kadar faedah pada paras negatif.

“Situasi ini akan memberi tekanan lebih banyak dan menolak emas melepasi paras AS$2,000 satu auns.

“Wujud kebimbanga­n mengenai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih buruk daripada jangkaan pada suku kedua mencetuska­n penjualan dolar,” katanya.

Wendt berkata, selain kelemahan dolar AS menjadi pemangkin utama peningkata­n emas, momentum positif logam berharga itu juga dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah-tengah pergolakan perdaganga­n As-china.

“Kenaikan kukuh memang tidak dapat dielakkan sama seperti mana pasca krisis kewangan global,” katanya.

Harga emas mencecah paras tertinggin­ya kepada AS$1,944.71 (RM8,268.43) satu auns atau sekitar RM291.66 satu gram semalam, mengatasi paras tertinggi AS$1,921.18 (RM8,168.60) atau RM288.14 satu gram yang dicatatkan pada 2011.

Penganalis­is berkata, lonjakan harga logam berharga itu dicetuskan kebimbanga­n mengenai ketegangan antara China dan AS serta peningkata­n kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Katanya, kekurangan isyarat jelas dan kemajuan dalam pakej rangsangan baharu di Washington juga mencetuska­n impak positif kepada emas.

“Langkah Fed melaksanak­an langkah pelonggara­n monetari besar-besaran menyaksika­n dolar AS lebih rendah, sekali gus melonjak harga emas.

“Pelabur juga mula mempertimb­ang kesan ekonomi jangka panjang disebabkan COVID-19 dan kini kurang memasuki pasaran ekuiti selepas pasaran saham mencatat kenaikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia