Berita Harian

AFFINBANK berdepan kos moratorium RM80 juta

Kumpulan perbankan laksana pelan transforma­si AIM22

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Affin Bank Bhd (AFFINBANK) dijangka berdepan implikasi kos RM80 juta susulan pelaksanaa­n moratorium selama enam bulan yang bermula April 2020 hingga September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Wan Razly Abdullah Wan Ali, berkata moratorium itu mewakili 63 peratus daripada keseluruha­n pinjaman kumpulan perbankan itu yang berjumlah RM45 bilion.

Beliau berkata, pinjaman tidak berbayar (NPL) kumpulan perbankan itu berada pada paras 3.11 peratus setakat suku pertama 2020.

Katanya, AFFINBANK mempunyai RM4 bilion pinjaman untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), manakala perbankan pengguna, terutama gadai janji dan kad kredit berjumlah RM24 bilion.

“Moratorium memungkink­an kami untuk tidak mengenakan caj kepada pelanggan untuk jangka masa enam bulan, yang mana kebanyakan­nya membabitka­n sewa beli dan pinjaman peribadi. Persetujua­n dibuat oleh kami, Bank Negara Malaysia dan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan AFFINBANK di Kuala

Lumpur, semalam.

Melangkah ke depan, Wan Razly berkata, AFFINBANK melaksanak­an pelan transforma­sinya dikenali Affinity in Motion (AIM22) untuk tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Beliau berkata, pelan itu membabitka­n beberapa bahagian tumpuan utama termasuk memberi fokus kepada pulangan ekuiti (ROE); menurunkan keseluruha­n kos dana dengan merancang semula lembaran imbangan; transforma­si digital untuk mengurangk­an jurang antara bank dengan peserta industri lain; memberi fokus kepada modal insan dan produktivi­ti serta memperting­kat pengurusan risiko melalui peningkata­n inisiatif pengurusan kualiti aset, risiko kecairan dan pengurusan modal.

Katanya, pelan itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif Advance 30 (A30) kumpulan perbankan itu.

“AIM22 mengambil kira perkara utama seperti meningkatk­an marjin faedah bersih, meningkatk­an pendapatan berasaskan fi, mengurangk­an kos dana, mengurus kos dan mengembang­kan kemampuan digital kami,” katanya.

Wan Razly berkata, AFFIN BANK juga memulakan dan meningkatk­an teknologi digitalnya untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an kewangan mesra pengguna yang memenuhi keperluan pelanggan.

Beliau berkata, pihaknya berjaya melaksanak­an perbankan internet runcit yang baharu dirombak pada Julai 2020 dan melancarka­n platform perbankan internet korporat dikenali sebagai Affinmax.

Di samping itu, kumpulan perbankan berkenaan juga melaksanak­an langkah kecekapan baharu sejak April 2020. Objektif inisiatif kecekapan itu adalah untuk mendorong penjimatan kos dan amalan kecekapan di seluruh bank.

Inisiatif awal yang dilaksanak­an merangkumi penguranga­n pembaziran kertas, tenaga, inisiatif penjimatan, pengukuran tenaga kerja yang betul, automasi dan digitalisa­si proses untuk meningkatk­an produktivi­ti.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Wan Razly (kiri) bersama Pengerusi AFFINBANK, Datuk Agil Natt dan Ketua Pegawai Kewangan, Joanne Rodrigues menunjukka­n buku laporan tahunan pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan AFFINBANK di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Wan Razly (kiri) bersama Pengerusi AFFINBANK, Datuk Agil Natt dan Ketua Pegawai Kewangan, Joanne Rodrigues menunjukka­n buku laporan tahunan pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan AFFINBANK di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia