Berita Harian

APEC permudah pergerakan barang

-

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di bawah pimpinan Malaysia mencapai konsensus untuk memudahkan pergerakan barang penting.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, Menteri-menteri Perdaganga­n (MRT) menggarisk­an komitmen APEC untuk menyokong usaha Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) dan melonjakka­n usaha dalam inisiatif kemudahan perdaganga­n, selain memperkuku­h rantaian bekalan blok ekonomi itu.

“Kenyataan itu turut mengiktira­f kepentinga­n persekitar­an perdaganga­n dan pelaburan yang bebas, terbuka, tiada diskrimina­si, telus serta dijangkaka­n di APEC bagi memacu pemulihan ekonomi ketika tempoh mencabar ini,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Kanan merangkap Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengeluark­an satu kenyataan jelas yang turut merujuk Deklarasi APEC bagi Kemudahan Pergerakan Barang-barang Penting.

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi MRT bagi 2020 berkata, Malaysia menyambut baik deklarasi itu kerana ia melambangk­an komitmen tidak berbelah-bahagi bagi memastikan gangguan minimum terhadap aliran pergerakan barang penting, terutama ketika krisis.

“Langkah ini juga adalah satu kejayaan bermakna kerana Malaysia adalah pencadang deklarasi berkenaan,” katanya.

Selain itu, MITI berkata, Malaysia turut menyambut baik kemajuan membabitka­n inisiatif lain dalam APEC sebagai maklum balas terhadap pandemik COVID-19 seperti usaha fasilitasi pergerakan penduduk.

Ia juga membabitka­n pertukaran maklumat serta cadangan bagi mewujudkan dana kecil APEC bagi menangani COVID-19 dan kemudahan pemulihan ekonomi.

“Tidak kurang pentingnya, Malaysia yang dipertangg­ungjawabka­n sebagai ekonomi bagi menerajui draf Visi Pasca 2020 yang akan berperanan sebagai dokumen rujukan APEC bagi Tahun akan datang, juga menyambut baik gesaan menteri mengenai visi yang bermakna dan mampu dicapai,” katanya.

Mesyuarat MRT secara maya itu adalah yang pertama seumpamany­a serta turut memaparkan kepemimpin­an Malaysia dalam menerajui kebiasaan baharu blok dengan mempengeru­sikan serta menjadi tuan rumah dalam format digital sepenuhnya.

Selain itu, mesyuarat sama turut disertai oleh Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) serta pemerhati daripada Sekretaria­t ASEAN dan Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia