Berita Harian

LBS sasar jualan hartanah RM1B

Sasaran lebih rendah susulan penularan COVID-19

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Pemaju hartanah terkemuka tempatan, LBS Bina Group Bhd menyasarka­n jualan yang lebih rendah sebanyak RM1 bilion pada 2020 disebabkan persekitar­an pasaran kekal mencabar ketika ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Lim Hock San, berkata pemaju hartanah itu pada 2019 berjaya melepasi sasaran jualannya sebanyak RM1.63 bilion, lebih tinggi berbanding RM1.526 bilion yang dicatatkan pada 2018.

Beliau berkata, bagi tahun ini, pandemik COVID-19 selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjejaska­n sasaran jualan hartanah kumpulan, selain kelembapan jualan pasca PKP.

“Kumpulan menyasarka­n RM1 bilion jualan pada tahun ini. Setakat 26 Julai, kami sudah mencapai jualan sebanyak RM780,000, justeru yakin sasaran itu dapat dicapai pada suku keempat ini.

“Walaupun rendah berbanding prestasi beberapa tahun lalu, kami berbangga kerana masih boleh merekodkan jualan.

“Ini membuktika­n bahawa strategi dan pembanguna­n LBS memenuhi keperluan pasaran,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) LBS Ke20 di Petaling Jaya, semalam.

Hock San berkata, LBS juga yakin industri hartanah akan kembali meningkat pada suku pertama 2021 disokong oleh pelan rangsangan ekonomi kerajaan.

Beliau berkata, ekonomi negara perlu dipulihkan dalam kadar segera agar semua aktiviti ekonomi dapat kembali berjalan seperti biasa.

Ini juga, katanya membolehka­n pemaju hartanah meneruskan projek, pada masa sama, membantu merancakka­n ekonomi melalui pemberian tender kepada kontraktor kecil dan sederhana.

Mengulas lanjut, Hock San berkata, LBS terus melancarka­n hartanah dalam tempoh sembilan bulan akan datang dengan gabungan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM3 bilion.

“Sehingga kini, LBS mempunyai 15 projek yang sedang berjalan dengan GDV sebanyak RM4.3 bilion.

“Kami juga mempunyai simpanan tanah seluas 3,591 ekar, yang akan menjadi sokongan penting kepada kumpulan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Walaupun ekonomi sukar diramal, kami akan terus membina lebih banyak hartanah mampu milik berteraska­n tiga tunggak utama, iaitu mampu milik, kesalinghu­bungan dan komuniti,” katanya.

Kumpulan menyasarka­n RM1 bilion jualan pada tahun ini. Setakat 26 Julai, kami sudah mencapai jualan sebanyak RM780,000, justeru yakin sasaran itu dapat dicapai pada suku keempat ini.

Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan

LBS Bina Group Bhd

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia