Berita Harian

Riverside Cafe On The Go tambah cawangan

-

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bercadang menambah cawangan Riverside Cafe On The Go di sekitar Lembah Klang, termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab, berkata bagi tujuan itu pihaknya sedang dalam perbincang­an akhir dengan beberapa pihak untuk menambah beberapa lagi cawangan Riverside Cafe On the Go di sekitar Lembah Klang, terutama di beberapa stesen minyak terkemuka.

“Kita juga sedang mempertimb­angkan untuk membuka cawangan Riverside Cafe On the Go di IPT awam dan swasta di sekitar Lembah Klang.

“Pihak kami berpendapa­t, dengan pembukaan cawangan berkenaan, ia mampu memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar terutama daripada keluarga B40,” katanya dalam satu kenyataan.

Fauzy berkata, dengan mengetenga­hkan jenama Riverside On the Go dalam bentuk francais, WTCKL berharap untuk mengetenga­hkan usahawan muda dalam industri makanan dan minuman ke persada antarabang­sa.

“Bakat dan minat dalam bidang perniagaan ini harus dipupuk dari usia muda. Justeru, kita berhasrat untuk bekerjasam­a dengan pihak Kementeria­n Pengajian Tinggi dan juga Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan muda kita ini.

“Seiring dengan pelantikan terkini Pengarah Eksekutif, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik Persatuan Pusat Dagangan Dunia, kita berhasrat agar jenama Riverside ini dapat diketengah­kan kepada usahawan francais tempatan dan turut sama membantu mempromosi­kan jenama ini ke peringkat antarabang­sa melalui platform yang tersedia di dalam gabungan ahli lain seluruh Asia Pasifik,” katanya.

Baru-baru ini, WTCKL melancarka­n cawangan baharu

Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato Onn di sini yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Tampil dengan konsep yang lebih santai dan mesra pelanggan, Riverside Cafe On The Go masih lagi mengekalka­n menu yang sama dan menumpukan perhatian kepada meningkatk­an mutu penyediaan makanan yang lebih cepat dan efisien untuk menjamu para pelanggan sebagai jaminan kepuasan pelanggan.

Fauzy berkata, Riverside Cafe On The Go menawarkan pelbagai sajian yang mudah dan ringkas dan sedia dimakan seperti pelbagai jenis pastri, aneka kuih muih tradisiona­l Melayu dan hidangan tempatan lain.

“Riverside Cafe On The Go juga menawarkan ‘Point-based Rewards’ kepada pelanggan yang berbelanja. Setiap pembelian bernilai RM5, pelanggan akan memperoleh satu mata ganjaran.

“Kad kesetiaan akan diberikan kepada setiap individu yang datang dan hanya perlu ditunjukka­n kepada juruwang untuk dicop. Pengumpula­n sejumlah mata ganjaran melayakkan pelanggan untuk menebus kopi dan pastri secara percuma,” katanya.

IJM Land Bhd memperkena­lkan kempen pemilikan fleksibel ‘Now You Can’ kepada bakal pembeli rumah di tengah-tengah situasi pembiayaan yang sangat mencabar akibat pandemik COVID-19.

IJM dalam satu kenyataan berkata, kempen yang berlangsun­g sehingga 31 Oktober 2020 itu bertujuan untuk meringanka­n beban kewangan pembeli rumah, di samping membantu memiliki kediaman impian dan menyokong pelaburan mereka.

“Menyedari bahawa setiap pembeli rumah adalah unik, IJM Land mengambil inisiatif tambahan dalam membangunk­an pelan serta penyelesai­an yang sesuai demi memenuhi keperluan dan kehendak individu.

“Perlindung­an kewangan juga disediakan sekiranya berlaku kehilangan atau penguranga­n gaji. Inilah hasrat murni IJM Land untuk membantu lebih ramai orang memiliki impian Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Kempen ‘Now You Can’ memberi jaminan dan mendidik pembeli rumah mengenai prospek pelaburan hartanah pada masa yang mencabar ini, termasuk kadar faedah yang rendah, pelan simpanan yang ideal dan ganjaran yang tinggi.

Perbandara­n yang terbabit dalam kempen itu termasuk Pantai Sentral Park di Kuala Lumpur; Bandar Rimbayu; Shah Alam 2 - Alam Suria Enclave; dan Seremban 2.

Projek lain juga merangkumi hartanah di seluruh negara seperti Riana Dutamas di Kuala Lumpur; Permatang Sanctuary di Bukit Mertajam; Trehaus dan The Light Waterfront di Pulau Pinang; Bandar Utama di Sandakan; Kuching Riverine Resort, Kuching; serta Nasa City, Austin Duta dan Sebana Cove di Johor Bahru.

Pembeli rumah harus mengambil peluang daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 yang berlangsun­g dari sekarang hingga 31 Mei 2021 kerana mereka akan menikmati faedah dan penjimatan dalam tempoh terhad yang ditawarkan oleh kempen berkenaan.

Sempena HOC 2020, pembeli rumah layak mendapat tawaran menarik untuk pelbagai hartanah IJM Land, termasuk rebat khas, pakej perabot rumah, pelan pembayaran sifar faedah, tawaran pindah masuk serta yuran guaman pinjaman percuma.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Noraini bersama Irmohizam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Mohd Yusri Junos merasmikan Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Noraini bersama Irmohizam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Mohd Yusri Junos merasmikan Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia