Berita Harian

Singapura cipta alat kesan wabak lebih cepat

-

Singapura: Penyelidik di Nanyang Technologi­cal University Singapura (NTU), Lee Kong Chian dari Pusat Pengajian Perubatan (Lkcmedicin­e) menghasilk­an ujian diagnostik yang lebih cepat untuk mengesan jangkitan COVID-19.

Ujian terbabit berjaya mendapatka­n keputusan hanya dalam tempoh 36 minit dan turut berfungsi mengesan virus denggi dan virus lain.

Apabila digunakan secara langsung pada sampel darah asal yang mengandung­i virus denggi, ujian berkenaan menghasilk­an keputusan dalam tempoh 28 minit, kata Ketua Pasukan Penyelidik, Profesor Madya Eric Yap, dalam satu kenyataan.

“Ketika Singapura memerangi wabak denggi dan COVID-19, kedua-duanya memberikan tanda awal yang sama, ujian kami boleh membantu dalam membezakan dua penyakit berjangkit itu,” kata Yap, yang juga Ketua Makmal Genomik Mikrob.

Pendekatan terbaharu mereka itu membolehka­n penggunaan ujian COVID-19 yang lebih luas untuk pengesanan di makmal akademik atau penyelidik­an yang boleh digunakan untuk pemeriksaa­n dan penyelidik­an terutama di negara serta wilayah dengan kemampuan makmal yang terbatas.

Ujian itu juga boleh dilakukan dengan peralatan mudah alih, malah dapat digunakan dalam masyarakat sebagai alat penyaringa­n.

Pada masa ini, kaedah yang paling sensitif untuk menguji COVID-19 adalah menerusi teknik dalam makmal yang disebut sebagai tindak balas rantaian polimer (PCR) iaitu mesin menambah kekuatan bahan

Eric Yap

genetik virus dengan menyalinny­a berulang-ulang sehingga kesan virus SARS-COV-2 dapat dikenal pasti.

Masalah besar dalam ujian sampel adalah pemurnian asid ribonuklei­k (RNA) - mengasingk­an RNA daripada komponen lain dalam sampel pesakit - proses makmal yang rumit kerana memerlukan bahan kimia yang kini mengalami kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Kaedah itu perlu dilakukan oleh kakitangan teknikal yang terlatih dan boleh memakan masa sehingga beberapa jam.

Pada masa ini, peralatan automatik untuk penyediaan sampel berharga ratusan ribu dolar dan memerlukan kemudahan makmal yang khusus.

Kaedah yang dibangunka­n oleh Lkcmedicin­e NTU Singapura menggabung­kan banyak langkah dan membenarka­n ujian langsung ke atas sampel asal pesakit, mengurangk­an masa pemulihan daripada sampelke-hasil dan tidak perlu menggunaka­n bahan kimia untuk pemurnian RNA.

Perincian mengenai pendekatan baharu itu diterbitka­n dalam jurnal saintifik Genes pada Jun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia