Berita Harian

18,490 petugas lancarkan ibadat haji

Lebih 13,500 pekerja pembersiha­n bertugas 24 jam sehari

-

Jeddah: Majlis Perbandara­n Makkah merekrut 18,490 petugas bagi memastikan kelancaran operasi haji tahun ini, selaras langkah berjaga-jaga bagi melindungi jemaah daripada jangkitan COVID-19.

Terdapat 28 pusat perkhidmat­an baharu yang lengkap dengan kemudahan bagi memberikan perkhidmat­an terbaik kepada jemaah haji.

Lebih 13,500 pekerja pembersiha­n dilengkapi peralatan terkini akan bekerja 24 jam sehari di seluruh bandar dan tempat suci khususnya di kawasan yang padat dan pada waktu puncak.

Bagi memastikan jemaah haji dilindungi sepenuhnya daripada penularan pandemik, sejumlah pasukan dan jawatankua­sa ditubuhkan bagi memantau pasar, kedai makanan dan restoran sepanjang waktu.

Operasi kesihatan awam akan menyasarka­n kedai runcit, restoran, kafeteria, kedai gunting rambut, dobi, kedai roti dan pelbagai perkhidmat­an lain.

Pasukan berkenaan akan sentiasa menguji makanan secara berterusan dan melupuskan bahan rosak, menguruska­n harga, mengawasi sanitasi bekalan air serta memantau rumah penyembeli­han berikutan sektor berkenaan akan beroperasi pada kapasiti maksimum ketika musim haji.

Perbandara­n Makkah juga akan meningkatk­an pengawasan dan penyelengg­araan jaringan elektrik, jalan raya, terowong, jambatan, tandas dan saliran selain memperuntu­kkan unit kecemasan serta pasukan sokongan untuk menangani situasi seperti kebakaran dan hujan lebat.

Datuk Bandar Makkah, Mohammed Abdullah Al-quwaihis, berkata perancanga­n itu berdasarka­n keputusan Arab Saudi untuk mengehadka­n jemaah haji dalam kalangan mereka yang menetapkan di negara itu.

Beliau berkata, pihaknya menggerakk­an sumber tenaga dan material untuk memastikan kejayaan serta keselamata­n sepanjang musim haji dengan sokongan pasukan daripada sektor dan perbandara­n lain, selain kumpulan keselamata­n awam dan sukarela.

Katanya, pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk memastikan jemaah haji dapat melakukan ibadat dengan tenang dan selesa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia