Berita Harian

Risiko banjir teruk di Phnom Penh

Penambakan kawasan tasik untuk projek pangsapuri jejas penduduk

-

Bangkok: Lebih sejuta penduduk di Phnom Penh berdepan risiko banjir dan kehilangan nyawa berikutan tanah bencah atau wetland di ibu negara Kemboja itu giat dibangunka­n dengan projek pangsapuri dan industri, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Pembanguna­n itu turut memberi kesan kepada pengusiran lebih 1,000 keluarga yang tinggal di pinggirnya selain menjejaska­n pendapatan ribuan keluarga yang bertani dan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Menurut laporan Equitable Cambodia, Licadho, Cambodian Youth Network dan kumpulan hak tanah Sahmakum Teang

Tnaut (STT), tanah bencah itu memainkan peranan dalam mengekalka­n komuniti tempatan dan pengurusan sampah serta pencegahan banjir di Phnom Penh.

“Jutaan rakyat Kemboja pasti akan terjejas impak daripada kemusnahan tanah bencah,” menurut laporan itu.

Phnom Penh yang terletak di tebing sungai Tonle Sap, Mekong dan Bassac, berpotensi berdepan banjir, terutama pada musim hujan dari Jun hingga Oktober.

Sementara itu, felo penyelidik kanan Stockholm Environmen­t Institute di Bangkok, Diane Archer berkata, tasik dan tanah bencah seperti dataran banjir, hutan bakau dan rawa mengawal aliran air, meminimumk­an banjir, membersihk­an air dan mengisi air bawah tanah.

"Justeru pihak berkuasa bandar harus mengakui bahawa tanah bencah itu sebagai sumber penting untuk dilindungi dan disatukan dengan persekitar­an bandar.

“Namun di kebanyakan bandar, perluasan dilakukan tanpa penguatkua­saan perancanga­n bandar atau penilaian kesan kepada persekitar­an yang mendalam,” katanya.

Terdahulu, Kemboja turut menyokong konvensyen antarabang­sa mengenai perlindung­an tanah bencah, namun kira-kira separuh tanah bencahnya hilang sejak 15 tahun lalu, menurut kumpulan pemulihara­an Wildfowl and Wetlands Trust (WWT).

Menurut jurucakap kerajaan, Phay Siphan, penambakan itu diperlukan untuk pembanguna­n bandar dan penilaian kesan persekitar­an sudah dilakukan.

"Terusan sedang dibangun untuk mengalihka­n lebihan air dan ada kilang rawatan air. Beberapa penempatan semula diperlukan tetapi mereka diberi masa untuk berpindah, "katanya.

Sebelum ini, pada 2007 dan 2008, hampir 4,000 keluarga diusir dari kediaman mereka di sekitar Boeung Kak untuk membina kawasan perniagaan.

AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Pekerja menambak tasik untuk pembanguna­n pangsapuri dan industri di Phnom Penh.
(Foto AFP) Pekerja menambak tasik untuk pembanguna­n pangsapuri dan industri di Phnom Penh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia