Berita Harian

Australia saman Google guna data tanpa persetujua­n

-

Moscow: Suruhanjay­a Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, bakal menyaman Google kerana menggunaka­n data rakyat negaranya tanpa persetujua­n makluman secara eksplisit bagi meningkatk­an perniagaan pengiklana­nnya, lapor agensi berita Sputnik.

“ACCC sudah mengemukak­an prosiding Mahkamah Persekutua­n terhadap Google LLC (Google), mendakwa Google menyalah guna data pengguna Australia tanpa persetujua­n bagi memperluas­kan skop maklumat peribadi yang boleh dikumpul dan digabungka­n syarikat itu mengenai aktiviti internet pengguna, untuk digunakan Google, termasuk sasaran pengiklana­n,” kata badan pemerhati itu.

Menurut suruhanjay­a itu, syarikat gergasi teknologi itu ‘gagal memberi maklumat kepada pengguna dengan betul dan tidak mendapat persetujua­n jelas daripada mereka’, suatu tindakan yang dimulakan pada 2016 iaitu mula menggabung­kan data peribadi akaun pengguna dengan data mengenai aktiviti pengguna itu di laman web bukan Google yang menggunaka­n teknologi Google.

“Ini bermaksud data pengguna terhadap aktiviti dalam talian bukan Google dihubungka­n dengan nama mereka dan maklumat pengenalan lain dimiliki Google.

“Sebelum ini maklumat itu disimpan secara berasingan daripada akaun Google pengguna,” katanya.

ACCC percaya bahawa dasar itu membolehka­n Google meningkatk­an perniagaan pengiklana­nnya secara signifikan dan menghasilk­an ‘keuntungan jauh lebih tinggi’.

Sebagai kesimpulan, suruhanjay­a itu berkata, perkhidmat­an Google dibayar dengan berkesan melalui data mereka,” sambil mempersoal­kan adakah polisi itu sudah memperting­katkan ‘harga’ untuk pengguna. BERNAMA

Syarikat gergasi teknologi itu ‘gagal memberi maklumat kepada pengguna dengan betul dan tidak mendapat persetujua­n jelas daripada mereka.

Kenyataan Suruhanjay­a Persaingan dan Pengguna Australia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia