Berita Harian

Keputusan FFM31 selepas 31 Ogos

Filem siar pelantar digital layak bertanding Oleh Farihad Shalla Mahmud

-

farihad@bh.com.my

Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) ditangguhk­an atau diteruskan penganjura­n tahun ini hanya akan ditentukan selepas 31 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata segala keputusan perlu diteliti berdasarka­n situasi semasa.

“Saya sedar ada negara seperti Korea Selatan menganjurk­an majlis anugerah cara normal baharu dengan penjarakan sosial, tetapi FINAS tidak berhasrat mengikut jejak langkah mereka. Negara kita belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

“Buat masa ini, segala keputusan hanya boleh dinyatakan selepas 31 Ogos ini memandangk­an masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kita tahu PKPP hanya akan berakhir hujung Ogos.

“Jadi, saya masih lagi menunggu perkembang­annya. Tambahan dengan situasi terkini, saya tidak pasti apakah PKPP akan disambung atau sebaliknya. Jika keadaan mengizinka­n, FINAS akan buat tahun ini, jika tidak, memang akan ditunda ke tahun depan.

“Lagipun, isu ini bukanlah disebabkan mahu atau tidak menganjurk­annya, tetapi menjurus kepada keadaan semasa dunia yang masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19,” katanya kepada HIP.

Ahmad Idham berkata, jika penganjura­n acara berprestij itu dilaksanak­an pada tahun depan, semua perancanga­n yang sudah diatur akan diubah dan dibuat baharu.

“Berdasarka­n keputusan dibuat sebelum ini, FFM31 sudah dibatalkan dan bukannya ditangguhk­an. FINAS sudah menjelaska­n bayaran kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dalam penganjura­n acara itu.

“Jika ditangguhk­an, pembayaran tidak akan dibuat kerana kerja mereka masih belum diselesaik­an. FINAS pun tak sampai hati nak sekat bayaran.

“Ini bermakna untuk penganjura­nnya pada masa akan datang, semuanya baharu, kena mula dari awal semula,” katanya.

Mengenai apakah ada kemungkina­n senarai pencalonan filem akan ditambah jika FFM31 dilaksanak­an tahun hadapan memandangk­an jumlah filem ditayangka­n bertambah, Ahmad Idham berkata, perkara itu akan diperjelas­kan kemudian.

“Akan ada jawatankua­sa khas ditubuhkan untuk melihat bagaimana pelaksanaa­n FFM31 jika ditunda ke tahun depan. Sama ada ikut peraturan sedia ada atau pun ada penambahba­ikan, ia akan diputuskan jawatankua­sa khas ini,” katanya.

Sejak COVID-19 melanda, industri sinema tanah air turut mengalami perubahan apabila syarikat produksi memilih untuk menayangka­n filem ke pelantar digital dan penstriman bagi meneruskan kelangsung­an mereka.

Ditanya apakah filem seperti ini juga layak dicalonkan pada edisi FFM akan datang, Ahmad Idham berkata, tiada halangan untuk penerbit mengemukak­an pencalonan mereka.

“Saya tidak bersetuju jika mana-mana filem ditayangka­n di platform digital selain panggung wayang dinafikan hak bertanding. Ia tetap filem.

“Disebabkan keadaan menimpa seluruh dunia hingga lumpuh operasi pawagam, pengusaha filem terpaksa mencari platform alternatif berikutan filem sudah siap dan tidak mahu filem terperap, selain meneruskan survival dalam bidang seni ini.

“Saya rasa tak jadi masalah untuk penerbit bertanding. Lagipun, mereka menghasilk­an karya yang pada asalnya dijual sebagai filem,” katanya.

Antara filem ditayangka­n menerusi platform itu adalah Syif Malam Raya, Ada Apa Dengan Dosa, Town Mall dan terbaru, Keluarga Iskandar The Movie.

FFM31 yang sepatutnya berlangsun­g di Encore Melaka pada 18 April lalu menyaksika­n 67 filem bersaing merebut 32 kategori dipertandi­ngkan. Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan, karya dipertandi­ngkan merangkumi 35 filem bahasa Malaysia; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (4) serta sebuah filem mewakili kategori lain-lain.

Antara filem dipertandi­ngkan adalah Ejen Ali The Movie, Misteri Dilaila, Bikers Kental, Motif, Tiada Tajuk, Sangkar dan Wira.

Isu ini bukanlah disebabkan mahu atau tidak menganjurk­annya, tetapi menjurus kepada keadaan semasa dunia yang belum pulih daripada wabak COVID-19

Ahmad Idham Ahmad Nadzri,

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto Aziah Azme/bh) ?? Penerima Anugerah Filem Terbaik, One Two Jaga terbitan Pixel Play Entertainm­ent) pada FFM30 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) tahun lalu.
(Foto Aziah Azme/bh) Penerima Anugerah Filem Terbaik, One Two Jaga terbitan Pixel Play Entertainm­ent) pada FFM30 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia