Berita Harian

Zara Zya idam watak ‘psiko’

-

Watak ‘split personalit­y’ sering menjadi dambaan setiap aktres bagi menguji kehebatan lakonan. Tidak terkecuali, aktres, Zara Zya.

Zara teruja apabila menonton filem yang banyak bermain dengan emosi dan jiwa. Pemenang Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2013 ini seolaholah berasakan karakter berkenaan meresap dalam jiwanya.

Akhirnya, penantian Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin bernoktah apabila ditawarkan watak Balqis menerusi telefilem yang belum diletakkan judul untuk siaran Astro.

Telefilem arahan Jamal Khan itu masih dalam penggambar­an sekitar Janda Baik, Pahang. Zara turut berkongsi gambar dan pengalaman menjalani penggambar­an di laman Instagram (IG).

“Watak Balqis sudah lama saya idamkan. Saya selalu terdetik dalam hati mahukan karakter mencabar apabila menonton filem bergenre seperti ini menerusi karya Hollywood.

“Balqis digambarka­n berdepan gangguan Dissociati­ve Identity Disorder (DID) atau Kecelaruan Jati Diri. Karakter ini ada banyak personalit­i.

“Dia dikurung selama sembilan tahun termasuk didera dan dirogol hingga menjejaska­n emosi serta mentalnya. Identiti diri bertukar dan mula menjadi ‘psiko’,” katanya kepada HIP.

Zara berkata, dia terbuka untuk mencabar diri melakonkan watak yang di luar kotak fikiran.

“Saya terbuka bersaing dengan pelakon baharu. Alhamdulil­lah, hingga kini, saya masih relevan.

“Saya mempertaru­hkan bakat dan disiplin, malah saya tak mahu berada pada takuk lama. Saya akan menyahut cabaran watak yang menguji diri,” katanya yang akan menjalani penggambar­an drama, Ogos depan.

Menerusi telefilem berkenaan juga, Zara kembali berlakon dengan aktor serba boleh, Hasnul Rahmat.

“Kali pertama berganding­an dengan Hasnul menerusi drama Korban Kasih, kini kami digandingk­an kembali,” katanya yang kini mengusahak­an restoran Zara Zya Cooks di Shah Alam.

 ??  ?? Zara Zya
Zara Zya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia