Berita Harian

Aktres legenda meninggal pada usia 104

-

Bintang filem epik, Gone With the Wind, Olivia de Havilland meninggal dunia di kediamanny­a di Paris, Perancis pada usia 104 tahun, Ahad lalu.

Menurut laporan CNN, berita kematian aktres legenda Hollywood yang membintang­i puluhan filem pada era 1930-an dan 1940-an itu disahkan wakil publisiti, Lisa Goldberg.

Mendiang De Havilland dikatakan menetap di Paris sejak enam dekad lalu.

Kerjaya seni De Havilland bermula sejak lima dekad lalu. Sepanjang tempoh itu, bintang legenda Hollywood itu membintang­i 50 filem cereka.

Dilahirkan di Tokyo pada 1916, mendiang adalah kakak kepada Joan Fontaine yang juga seorang pemenang Oscar, namun hubungan mereka bergelora sejak kecil.

Tambah memburukka­n keadaan apabila kedua-duanya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada 1942 pada Anugerah Oscar, tetapi Fontaine berjaya menumpaska­n kakaknya.

Bagaimanap­un, De Havilland memenangi anugerah Oscar pertama menerusi filem To Each His Own pada 1947. Namun, ketika memenangi Oscar, Fontaine dikatakan cuba mengucapka­n tahniah kepada kakaknya, tetapi tidak dilayan.

De Havilland pernah memberitah­u wakil media, dia tidak faham kenapa Fontaine perlu berbuat demikian, sedangkan beliau tahu bagaimana perasaanny­a.

Beliau didakwa berang atas komen Fontaine terhadap suami baharunya, Marcus Goodrich yang dikahwini pada 1946. Mereka juga berbalah akibat tidak berpuas hati terhadap rawatan ibu mereka pada 1975. Bagaimanap­un, Fontaine meninggal dunia pada usia 96 tahun pada 2013.

Pada saat kematian Fontaine, De Havilland mengeluark­an kenyataan terkejut dan sedih dengan pemergian adiknya itu, lapor CNN.

Mengimbau kerjaya lakonannya, De Havilland membuat kemunculan pertama menerusi filem Captain Blood di sisi Errol Flyn. Keserasian mereka menyebabka­n sering digandingk­an bersama. Dia kemudianny­a diberi kepercayaa­n membintang­i filem Gone With the Wind dan muncul antara pelakon wanita popular pada lewat 1940-an.

De Havilland meneruskan kerjaya lakonan hingga lewat 1980-an. Pada 1986, beliau memenangi Anugerah Golden Globe menerusi filem biografi, Anastasia: The Mystery of Anna.

Mendiang juga pernah mencipta sejarah membawa studio Warner Brothers ke muka pengadilan pada 1943 kerana memanjangk­an kontrak tujuh tahun yang berakhir tanpa pengetahua­nnya.

Ia dilakukan Warner Brothers sebagai denda terhadap aktres berkenaan kerana menolak satu peranan yang diberikan. Rentetan itu, satu undang-undang baharu dikenali sebagai De Havilland Law diwujudkan Mahkamah Tinggi California. Undang-undang itu memberi kebebasan kepada pelakon daripada cengkaman studio filem.

“Pelakon Hollywood akan selamanya ‘berhutang’ dengan De Havilland,” kata rakan De Havilland yang juga bintang Bette Davis dalam autobiogra­fi, The Lonely Life.

 ??  ?? Olivia de Havilland
Olivia de Havilland

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia