Berita Harian

United, Chelsea mahu lebih padu

Skuad Solskjaer, Lampard iringi Liverpool, City ke Liga Juara-juara

-

Leicester: Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United mesti menjadi ‘lebih kuat, cergas dan lebih mantap’ untuk cabaran Liga Juara-juara musim depan selepas menewaskan Leicester City di sini, 2-0 bagi memastikan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

United hanya memerlukan satu mata untuk mengesahka­n tempat ke kelompok empat teratas di Stadium King Power dan melakukan dengan baik ketika banyak dipertaruh­kan keduadua kelab.

Penalti Bruno Fernandes 19 minit sebelum tamat melegakan kebimbanga­n Solskjaer sebelum Jesse Lingard memgambil kesempatan kesilapan Kasper Schmeichel pada penamat saingan bagi menamatkan musim sukarnya dengan gol liga pertama kempen kali ini.

United ketinggala­n 14 mata di belakang Leicester ketika Fernandes tiba dari Sporting Lisbon pada Januari dan pemain antarabang­sa Portugal itu menjadi tonggak utama menukar nasib Red Devils.

“Dari tempat kami berada awal musim ini, untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, ia sangat menakjubka­n,” kata Solskjaer.

“Kami melalui tempoh turun naik dan ia berlarutan hingga perlawanan terakhir, pencapaian menakjubka­n.”

Sementara itu di London, Frank Lampard menegaskan

Chelsea tidak boleh berehat selepas layak ke Liga Juara-juara kerana mereka perlu lebih meningkat sebelum boleh mengejar juara EPL, Liverpool musim depan.

“Saya rasa di Chelsea kami perlu berhati-hati tidak terlalu teruja dengan kedudukan empat teratas, tapi meneruskan kerja. Saya tidak rasa ramai orang di luar sana memberi harapan kepada kami.

“Kami tahu kedudukan kami, ia satu proses. Kini kami memastikan kedudukan empat teratas dan adakah kami perlu mengurangk­an jurang itu? Jurang ada di situ kerana Manchester City dan Liverpool sudah membawanya ke tahap berbeza.”

Skuad kendalian Lampard hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir musim ini bagi memastikan tempat ke Liga Juara-juara dan mencapai sasaran itu dengan kemenangan 2-0 mengatasi Wolves.

Chelsea boleh mencatat musim yang baik buat Lampard jika mereka menewaskan Arsenal pada final Piala FA di Wembley Sabtu ini. Mereka juga bakal berdepan Bayern Munich dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara tetapi ketinggala­n 3-0 menjelang saingan di Jerman pada Ogos.

Sementara itu, Tottenham Hotspur mengiringi Leicester layak ke saingan Liga Europa musim depan selepas berjaya menduduki tangga keenam, biarpun hanya terikat 1-1 dengan Crystal Palace.

 ??  ?? Aston Villa gembira dapat kekal bersaing di EPL musim hadapan.
Aston Villa gembira dapat kekal bersaing di EPL musim hadapan.
 ??  ?? Penjaga gol
Bournemout­h, Aaron Ramsdale kecewa apabila pasukannya tersingkir dari EPL.
Penjaga gol Bournemout­h, Aaron Ramsdale kecewa apabila pasukannya tersingkir dari EPL.
 ??  ?? Jose Mourinho berpelukan dengan anak buah apabila Tottenham Hotspur layak ke saingan Liga Europa musim depan selepas berjaya menduduki tangga keenam, selepas terikat 1-1 dengan Crystal Palace.
Jose Mourinho berpelukan dengan anak buah apabila Tottenham Hotspur layak ke saingan Liga Europa musim depan selepas berjaya menduduki tangga keenam, selepas terikat 1-1 dengan Crystal Palace.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia