Berita Harian

PETRONAS Yamaha SRT enggan terburu-buru

Razlan sahkan pasukan terus fokus, kekal tenang susun strategi

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) tidak mahu terburu-buru untuk menukar sasaran bagi musim 2020 terhadap Fabio Quartararo biarpun sudah ada yang mula menganggap pelumba dari Perancis itu sebagai pencabar utama gelaran dunia.

Quartararo yang meraih kemenangan berturut-turut di dua pusingan awal musim - Grand

Prix (GP) Andalusia dan GP Sepanyol - kini mendahului carta pelumba Motogp dengan 50 mata dan mempunyai kelebihan 10 mata berbanding penghuni tangga kedua, Maverick Vinales yang bersama pasukan pengeluar Yamaha, Monster Energy Yamaha Motogp.

Begitupun dengan saingan musim masih panjang dan jadual yang padat, pasukan satelit milik negara itu enggan terlalu mendabik dada dengan kejayaan diraih dan mengekalka­n sasaran sedia ada untuk mengambil pendekatan secara satu perlumbaan ke satu perlumbaan.

“Memang ada yang memikirkan Fabio mampu menjadi pencabar bagi gelaran dunia,” kata Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali ketika dihubungi. “Namun strategi kami dan Fabio adalah mengambil pendekatan satu perlumbaan ke satu perlumbaan yang lain.

“Kita tahu yang pasukan mempunyai kelebihan dengan dua kemenangan... apatah lagi dengan Marc (Marquez) yang cedera dan pelumba lain seperti (Andrea) Dovizioso dan Jack Miller yang tidak melakukan yang terbaik semalam (kelmarin). Apapun, kita perlu kekal tenang, fokus satu perlumbaan ke satu perlumbaan dan lihat bagaimana nanti.”

Di GP Andalusia kelmarin, pelumba yang diberi julukkan ‘El Diablo’ itu melengkapk­an 25 pusingan perlumbaan di Litar Jerez dengan catatan 41 minit 22.666 saat, 4.495s di depan bakal rakan sepasukann­ya, Vinales di pasukan pengeluar, musim depan itu.

Kemenangan sulung Quartararo di GP Sepanyol dua minggu lalu turut melakar namanya dalam sejarah Kejuaraan Motosikal

Dunia apabila muncul pelumba Perancis pertama yang memenangi kelas perdana sejak kali terakhir dilakukan Regis Laconi di GP Valencia 1999.

Quartararo turut menjadi pemenang perlumbaan pertama bagi pasukan satelit Yamaha dalam era Motogp selepas dilakukan Garry Mccoy di GP Valencia 2000 selain muncul pelumba kelapan termuda yang memenangi kelas perdana pada usia 21 tahun dan 90 hari.

Pusingan seterusnya dijadual berlangsun­g di Litar Brno - venue yang kurang memihak kepada jentera Yamaha.

Mengulas lanjut mengenai saingan seterusnya, Razlan berkata: “Kita lihat bagaimana kerana litar di Austria memang sukar untuk Yamaha tetapi selepas itu saingan akan beralih ke Misano yang mana lebih bagus untuk Yamaha. Jadi, sasaran kita adalah dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan.”

Fabio Quartararo

 ??  ?? kini mendahului carta Motogp dengan 50 mata.
kini mendahului carta Motogp dengan 50 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia