Berita Harian

Keinginan buru banyak kejayaan punca kelab tanggung hutang

-

Alor Setar: Gaji pemain yang mencecah hingga RM125,000 sebulan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini apabila dilihat menjadi penyumbang kepada masalah persatuan menanggung beban kewangan yang serius.

Antara faktor yang dikaitkan dengan pembayaran tinggi itu adalah keinginan kelab menggondol sebanyak mungkin kejuaraan yang dipertandi­ngkan sama ada dalam Liga Malaysia (Liga M) atau di peringkat antarabang­sa.

Seorang pengurus sebuah syarikat ejen pemain yang enggan dikenali berkata perancanga­n mengikat pemain mahal sudah menjadi amalan biasa bagi mana-mana pasukan masa kini di arena tempatan dan antarabang­sa yang meletakkan sasaran besar untuk memburu lebih daripada satu piala kejuaraan dalam satu musim.

“Ini bergantung pada sasaran sesebuah kelab merancang merebut jumlah piala dipertandi­ngkan. Jika kelab mahukan tiga piala sebagai contoh, sudah pasti ia akan cuba mendapatka­n pemain berkualiti bernilai tinggi bagi memastikan perancanga­n berhasil.

“Pemain yang berharga tinggi ini selalunya diukur melalui banyak faktor antaranya adalah tempoh pengalaman, posisi, pencapaian (jumlah gol), usia, corak permainan serta pencapaian yang diraih dari kelab ternama terdahulu dalam dan luar negara.

“Ini belum dikira memenangi apa-apa anugerah di peringkat dalam negara ataupun antarabang­sa. Jadi pada saya, kewajaran untuk sama ada memilih pemain mahal atau sebaliknya terletak pada sasaran piala yang hendak dicapai oleh sesebuah kelab itu,” katanya.

Menurut sumber media yang dimuat naik pada 2019, kadar gaji pemain tempatan di Malaysia adalah dalam lingkungan

RM10,000 hingga RM80,000 sebulan.

Turut dinyatakan pemain yang dipilih mewakili skuad kebangsaan memiliki nilai gaji paling tinggi dalam kalangan pemain tempatan. Ada yang mencecah sehingga lebih RM70,000 sebulan.

Mengulas lanjut, sumber yang turut memiliki pengalaman dalam mengendali­kan pemain import di Liga M berkata pengurusan sesebuah kelab perlu lebih bersedia mengenal pasti kemampuan kewangan masing-masing sebelum membuat apa-apa keputusan untuk membeli pemain berstatus mahal atau sebaliknya.

“Kelab selalunya tidak akan memaklumka­n jumlah bajet yang mereka miliki. Kami sebagai ejen menjangkak­an jika mereka (kelab) berkehenda­kkan seseorang pemain berstatus mahal dan digelar ‘bintang’, mereka pastinya akan mempunyai peruntukan yang cukup dalam semua keadaan,” katanya.

Jurulatih skuad B-19 kebangsaan Brad Maloney (tiga kanan)

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? pemainnya di padang Wisma FAM, Kelana Jaya. melatih
(Foto Owee Ah Chun/bh) pemainnya di padang Wisma FAM, Kelana Jaya. melatih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia