Berita Harian

Usah politikkan isu sewa tanah di Cameron Highlands

- Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali, Kuantan

Terlalu tinggikah kadar baharu sewaan tanah dikenakan ke atas pekebun sayur dan bunga di Cameron Highlands?

Jika menurut seorang dua ahli politik pembangkan­g, jawapannya ‘ya.’ Lalu mereka – kononnya sebagai mewakili pekebun – menyuaraka­n ketidakadi­lan mengenainy­a menerusi media.

Namun, selepas tiga perjumpaan antara pihak berkuasa khususnya jabatan kerajaan berkaitan dengan sebilangan pekebun, tiada isu kadar sewa dibangkitk­an.

Apa yang dibangkitk­an hanya mengenai syarat baharu berkaitan sewaan tanah, termasuk tempoh ‘3 + 2’ atau bermaksud, tiga tahun pertama kemudian dilanjutka­n dua tahun lagi.

Jumlah pekebun terbabit menurut rekod Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands, kira-kira 1,018 orang, manakala keluasan tanah kerajaan terbabit susulan kerajaan Pahang tidak lagi mengeluark­an Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sejak beberapa tahun lalu kira-kira 5,519 hektar.

Angka ini – jumlah pekebun dan keluasan tanah – akan dibabitkan semula yang pada peringkat awal, hanya ketua keluarga dibenarkan kembali berkebun dengan diberikan hanya 1.2 hektar tanah terbabit untuk disewa dan dikerjakan.

Kembali kepada soal kadar baharu sewaan tanah ini yang menurut pencemuh berkenaan, RM4,500 bagi 0.405 hektar setahun adalah terlalu tinggi, iaitu kenaikan ratusan kali ganda berbanding sebelumnya.

Betul, ratusan kali ganda atau lebih tepat lagi, kenaikan kira-kira 414 peratus atau lebih empat kali ganda berbanding sebelum ini dengan hanya RM1,086 bagi 0.405 hektar setahun meliputi RM606 untuk bayaran LPS dan RM480 lagi sebagai caj penggunaan air mentah.

Namun, menurut seorang pegawai di

PDT Cameron Highlands yang mengendali­kan urusan ini, kadar baharu ini – selain RM480.16 caj penggunaan air mentah – ialah beberapa elemen lain termasuk RM100 sumbangan ke Tabung Khas Alam Sekitar; cukai tanah (RM121.46); Kebenaran Merancang (RM450) dan pengurusan sampah dan sisa pertanian (RM250).

Walaupun dengan kadar RM4,500 bagi 0.405 hektar setahun atau hanya kira-kira RM375 bagi 0.405 hektar sebulan, pekebun dipercayai boleh menyerapny­a, apatah lagi keuntungan mereka sebelum ini berlipat ganda.

Dalam hal ini, kajian Jabatan Pertanian menunjukka­n pekebun menanam dan menghasilk­an tomato misalnya, pendapatan kasar daripada dua pusingan tanaman kira-kira RM120,000 bagi 0.405 hektar setahun, bersamaan RM10,000 bagi 0.405 hektar sebulan.

Sesudah ditolak kos seperti bayaran LPS dan caj penggunaan air mentah serta upah buruh dianggarka­n kira-kira 40 peratus, seorang pekebun boleh meraih keuntungan bersih sehingga

RM72,000 bagi 0.405 hektar setahun atau RM6,000 bagi 0.405 hektar sebulan.

Ini untuk keluasan 0.405 hektar sedangkan kita tahu, keluasan tanah diusahakan kebanyakan pekebun sebelum ini lebih daripada itu, termasuk tanah diterokai secara haram.

Paling tidak, keluasan tanaman sehingga 1.2 hektar, maka keuntungan bersih boleh diraih kira-kira RM216,000 setahun atau RM18,000 sebulan.

Bagi menjawab syarat tempoh sewaan ‘3 + 2’, rasional kerajaan Pahang menurut pegawai sama, untuk memberi peluang kepada pekebun membuktika­n keseriusan mereka mengamalka­n kerja pertanian berhemah – tidak mencemarka­n seperti sebelumnya – dengan menuruti segala syarat dan peraturan ditetapkan di bawah Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP).

Selepas itu, lanjutan lagi dua tahun diberikan, seterusnya boleh dilanjutka­n lagi bagi tahun berikutnya dengan menurut kadar kepatuhan MYGAP, termasuk penggunaan baja dan racun serangga dibenarkan serta selamat.

Berkaitan syarat 1.2 hektar sahaja bagi setiap ketua keluarga, ini langkah awal untuk melihat sikap pekebun. Jika terbukti sikap itu betul, maka tindakan seterusnya ialah memberi sewaan tanah lagi 1.2 hektar kepada isteri dan anaknya pula.

Akhirnya, sekeluarga ini boleh mengerjaka­n hingga 3.6 hektar yang jika menurut kajian bagi hasil mengusahak­an tomato tadi, bakal memperoleh keuntungan bersih kira-kira RM648,000 setahun atau RM54,000 sebulan.

Apa yang turut dibangkitk­an ialah soal tanah 1.2 hektar ini tidak dibenar untuk dicagar kepada institusi kewangan untuk memperoleh pinjaman bagi perbelanja­an kos operasi atau menambah baik keperluan kebun masing-masing.

Sedangkan, ketika mereka diberikan LPS tempoh hari (yang perlu diperbahar­ui setahun ke setahun), hal sama juga disyaratka­n, namun tiada menghadapi masalah mendapatka­n pinjaman. Mereka sekadar membuktika­n ada pemilikan LPS dan mudah mendapatny­a.

Penulis percaya, turut disedari dan diketahui pekebun cuma apabila ada pihak yang dilihat hendak membantu ‘memperjuan­gkan’ nasib mereka, maka tentu mereka menerimany­a.

Sudah tentu penerimaan ini bukan atas alasan mereka akan menanggung kerugian besar, cuma mahu kekal ‘status quo’ dengan keuntungan berlipat kali ganda yang dinikmati sebelum ini.

Oleh itu, diharap pekebun terbabit harus berlapang dada dan terima hakikat bahawa usaha dilaksanak­an kerajaan untuk kebaikan, demi memastikan usaha pertanian di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands lebih teratur dan tidak mencemarka­n seperti sebelum ini.

Syarat baharu sewaan tanah

 ??  ?? kepada pekebun di Cameron Highlands pastikan penanaman lebih teratur dan kawasan tidak tercemar.
kepada pekebun di Cameron Highlands pastikan penanaman lebih teratur dan kawasan tidak tercemar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia