Berita Harian

Pengasas Hot Burger minta maaf kenyataan hina polis, tentera. PDRM buka dua kertas siasatan

Operasi bersepadu dilaksana banteras perniagaan haram, tanpa lesen

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dalam tempoh 24 jam selepas mengeluark­an notis kelmarin, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarka­n operasi bersepadu membersihk­an pelbagai elemen perniagaan haram dan tanpa lesen serta kelulusan sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini.

Selain menyita perniagaan tidak berlesen dan premis disyaki terbabit aktiviti haram seperti perjudian, sepanjang operasi itu semalam, MBSA turut memusnahka­n binaan tambahan dan struktur kekal yang gagal dialihkan peniaga selepas diberikan notis.

Namun, ketegasan petugas MBSA diketuai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Roslan, ketika operasi itu kurang disenangi peniaga dan penjaja yang terjejas akibat tindakan terbabit.

Mereka mendakwa, tidak diberi tempoh mencukupi bagi mengalihka­n barangan dan kelengkapa­n masing-masing, walaupun hakikatnya semua sudah lama berniaga di situ tanpa lesen dan melakukan pelbagai ubah suai tanpa kebenaran.

Justeru, peniaga dan penjaja mendakwa tindakan drastik MBSA itu, bermotifka­n ‘balas dendam’ susulan pendedahan aktiviti haram termasuk perjudian dan mesin kuda, yang didakwa berleluasa sekitar bandar berkenaan.

Pendedahan aktiviti haram kedai mesin kuda dan gerai rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh itu, yang dibuat pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, selepas gerai miliknya disita MBSA.

Berang tindakan sita itu, Asri bertindak merakam dan berkongsi video mengenai operasi premis perjudian haram dan gerai menjual rokok seludup oleh warga asing sekitar kawasan berkenaan yang didakwa gagal diambil tindakan oleh MBSA.

Dalam videonya, Asri mendakwa pihak berkuasa bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap peniaga tanpa lesen sekitar Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.

Beliau turut mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burgernya, tetapi tidak kepada peniaga lain di kawasan itu.

Anggota penguat kuasa MBSA

Pendedahan Asri menarik perhatian Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan kepemimpin­an Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan pantas SPRM membawa kepada penahanan empat pegawai penguat kuasa MBSA yang disyaki mengutip sogokan di antara RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada peniaga haram sekitar kawasan Sungai Buloh.

Dakwaan tiada tindakan terhadap aktiviti haram dan tanpa lesen di Sungai Buloh itu dinafikan MBSA, yang kini menyerahka­n kepada SPRM menyiasat kegagalan operasi mereka sebenarnya berpunca penguat kuasa yang korup.

Berkongsi kekecewaan­nya, peniaga percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, kesal kerana MBSA tidak memberikan notis secukupnya sebelum menjalanka­n operasi meroboh dan memusnahka­n struktur semalam.

“Sejak dua tiga hari ini, operasi MBSA terlalu drastik. Cara mereka bertindak seperti mahu membalas dendam. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.

“Salah sikit pun nak saman, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena saman, tangga untuk naik turun pun kena saman. Ada kedai yang sudah berpuluh tahun buat tambahan, diarahkan ubah dalam tempoh 24 jam,” keluhnya yang berniaga di situ sejak 35 tahun lalu.

Zaidi mendakwa, lebih 90 peratus peniaga sekitar kawasan itu dikenakan saman oleh MBSA atas pelbagai kesalahan, kelmarin.

Peniaga nasi lemak, Ramlah Yakub, 55, mendakwa tindakan MBSA merobohkan gerainya, malam kelmarin menyebabka­n mata pencariann­ya terputus kerana baru sebulan kembali berniaga selepas menutup gerai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dulu tidak dapat berniaga selama tiga bulan disebabkan COVID-19 dan sekarang baru dapat sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ni.

“Kami berniaga pun terpaksa meminjam modal dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah kena tutup, macam mana nak bayar semua,” katanya.

Katanya, sebanyak 16 gerai di kawasan itu dirobohkan pemiliknya malam tadi selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.

Sementara itu, seorang penjual bunga, Asogan Muniandy, 50-an, berkata beliau dan isteri kini bingung memikirkan perniagaan mereka yang terjejas selepas diambil tindakan oleh MBSA.

“Dulu disebabkan COVID-19, kami tidak dapat berniaga, dan kali ini sekali lagi kami kena berhenti berniaga, macam mana mahu cari makan,” rintihnya.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata, menegaskan yang operasi bersepadu semalam dibuat bagi menangani masalah peniaga melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, sebanyak 101 notis dikeluarka­n kepada pemilik premis sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), kelmarin.

Katanya, susulan notis itu, dalam operasi semalam, MBSA merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Antara peralatan yang dirampas dan dirobohkan dalam operasi bersepadu di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.
(Foto BERNAMA) Antara peralatan yang dirampas dan dirobohkan dalam operasi bersepadu di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? merampas peralatan di sebuah premis dipercayai kedai judi di Sungai Buloh.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) merampas peralatan di sebuah premis dipercayai kedai judi di Sungai Buloh.
 ??  ?? Struktur premis dirobohkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada MBSA di Sungai Buluh, semalam.
Struktur premis dirobohkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada MBSA di Sungai Buluh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia