Berita Harian

‘Jangan takut, tangguh jumpa bank’

Orang ramai diminta tak tangguh bincang masalah kewangan supaya bantuan bersasar disalur segera

- Oleh Kamarulzai­di Kamis dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@nstp.com.my

Peminjam individu yang hilang kerja atau dipotong gaji, serta PKS yang masih terjejas perniagaan akibat COVID-19 diminta segera berjumpa dan berbincang dengan bank bagi membolehka­n bantuan serta fleksibili­ti pembayaran balik pinjaman dilanjutka­n sebaik tempoh moratorium automatik tamat hujung bulan hadapan. Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menjelaska­n fleksibili­ti diberikan nanti tidak akan keluar dalam laporan CCRIS peminjam.

Prosedur permohonan juga mudah iaitu hanya perlu menunjukka­n bukti dokumentas­i mereka hilang pekerjaan dan terdapat penguranga­n gaji atau pendapatan. Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia

Kuala Lumpur: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour meminta orang ramai tidak ‘takut’ dan bertangguh berjumpa bank bagi membincang­kan masalah kewangan dihadapi supaya bantuan kewangan bersasar dapat diberikan segera bagi meringanka­n beban aliran tunai peminjam berikutan impak pandemik COVID-19.

Beliau berkata, peminjam yang hilang pekerjaan atau sumber pendapatan ketara, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu segera berbincang dengan bank bagi memohon lanjutan bantuan kewangan dan fleksibili­ti pembayaran balik pinjaman sebaik tempoh moratorium automatik berakhir hujung bulan depan.

Katanya, tindakan segera itu akan mempercepa­t dan melancarka­n proses kelulusan permohonan lanjutan moratorium bersasar serta pelan bayaran balik pinjaman bersesuaia­n dengan kemampuan dan keperluan peminjam yang terjejas.

“Prosedur permohonan juga mudah iaitu hanya perlu menunjukka­n bukti dokumentas­i mereka hilang pekerjaan dan terdapat penguranga­n gaji atau pendapatan.

“Jadi, jangan ‘takut’ jumpa bank, lagi awal lagi bagus. Institusi perbankan secara kolektif bersetuju memudahkan proses permohonan dan keperluan dokumentas­i, malah fleksibili­ti diberikan ketika tempoh ini supaya mereka tidak tersenarai dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” katanya kepada BH dalam temubual ekslusif di sini, semalam.

Abdul Rasheed juga menasihatk­an peminjam yang terkesan perlu berurusan sendiri dengan bank dan tidak menggunaka­n pihak ketiga, ejen atau orang tengah.

Ini katanya, bagi mengelakka­n kos yuran tambahan dikenakan atau mereka terdedah menjadi mangsa penipuan pihak tertentu yang menyamar sebagai ejen.

“Bank Negara akan memantau kemajuan pelaksanaa­n inisiatif yang dijalankan institusi perbankan ini supaya peminjam yang masih berdepan kesulitan kewangan dapat dibantu.

“Kami juga akan terus menumpukan usaha memastikan sistem perbankan menjalanka­n fungsi perantaraa­nnya dengan berkesan dalam menyokong pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, sejak tujuh bulan lalu, lebih 24,000 peminjam dibantu di bawah pelan bayaran balik pinjaman institusi kewangan berbanding hanya 14,000 peminjam dibantu pada 2019.

Katanya, berikutan langkah proaktif bank menghubung­i pelanggan masing-masing, jumlah bantuan akan meningkat dari semasa ke semasa dengan dipantau rapi BNM.

“Sekiranya masih tiada jalan penyelesai­an dengan bank atau peminjam yang mempunyai pinjaman lebih daripada satu bank, mereka tidak perlu bimbang kerana khidmat pusat sehenti seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu,” katanya.

Bagi peminjam individu, mereka boleh merujuk kepada AKPK, manakala PKS atau pinjaman perniagaan boleh memohon menerusi Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil (SDRS).

Mereka boleh mengajukan pertanyaan kepada BNM melalui ELINK di https://telelink.bnm. gov.my atau menghubung­i BNMTELELIN­K di talian 1-300-88-5465 dari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

BNM juga sedang bekerjasam­a dengan persatuan PKS untuk memantau dan menangani masalah dihadapi PKS dalam mendapatka­n bantuan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan daripada institusi perbankan.

Pada 29 Julai lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n lanjutan moratorium tiga bulan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak pandemik COVID-19, manakala selebihnya kerajaan akan melaksanak­an pendekatan bersasar.

Bagi individu kehilangan pekerjaan pada 2020 dan belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan dan selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutka­n bank bergantung kepada situasi individu.

Individu yang masih bekerja, tetapi gaji mereka terjejas akibat COVID-19 akan ditawarkan penguranga­n ansuran pinjaman yang sepadan dengan penguranga­n gaji mereka, bergantung pada jenis pembiayaan.

Bagi individu lain dan PKS yang turut terkesan akibat COVID-19 akan ditawarkan bantuan seperti membayar faedah untuk suatu jangka masa ditetapkan, memanjangk­an tempoh keseluruha­n pinjaman bagi mengurangk­an pembayaran balik bulanan atau memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan lebih stabil.

Peminjam boleh memohon secara terus dengan bank masing-masing bagi mendapatka­n pakej bantuan pembayaran balik yang bersesuaia­n mulai 7 Ogos lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia