Berita Harian

BN pilih Mohd Zaidi, Amir Khusyairi calon Bebas mewakili kumpulan Tun M

Pengalaman Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim faktor dipilih sebagai calon

- Oleh Rosman Shamsudin dan Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

Trolak: Faktor winnable atau boleh menang menjadi taruhan utama Barisan Nasional (BN) apabila mengumumka­n Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Selain aktif aktiviti kemasyarak­atan, anak kelahiran Kampung Slim Village di Slim River itu turut memiliki pengalaman luas sepanjang berkhidmat bersama parti khususnya pada peringkat cawangan dan bahagian.

Pengerusi BN Perak yang juga

Pengarah PRK DUN Slim, Datuk Saarani Mohamad, berkata pemilihan Mohd Zaidi dibuat selepas penelitian sewajarnya dilakukan pucuk pimpinan parti dalam kalangan sembilan nama akhir yang disenarai.

“Semua calon BN sebelum ini hebat dan berkaliber, namun kita perlu pilih yang terbaik antara terbaik dan dalam kalangan mereka, Mohd Zaidi adalah calon dianggap terbaik,” katanya ketika sidang media selepas pengumuman calon BN di sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohd Zaidi ketika ini menyandang jawatan Timbalan Presiden Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan pernah menggalas tanggungja­wab sebagai Setiausaha Agung serta Timbalan Presiden dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dari segi politik, Ketua UMNO cawangan Kampung Slim Village itu juga pernah menggalas tanggungja­wab sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Ahli Jawatankua­sa Pemuda UMNO Bahagian

serta Ahli Jawatankua­sa Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Sementara itu, Ahmad Maslan memaklumka­n Mohd Zaidi dipilih berdasarka­n pengalaman beliau dalam belia bukan setakat pada peringkat nasional, tetapi antarabang­sa.

“Beliau orang kanan Allahyarha­m Datuk Mohd Khusairi ketika menjadi Ketua Penerangan UMNO bahagian sebelum dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim.

“Penduduk memang mengenali beliau (Mohd Zaidi) dan ini menjadi kelebihan kepada jentera BN untuk bekerja bagi memenangi PRK DUN Slim,” katanya.

Mohd Zaidi ketika ditemui menzahirka­n penghargaa­n atas pemilihann­ya dan berjanji memenuhi tanggungja­wab diberikan dengan penuh amanah.

“Saya akan berusaha menyambung kesinambun­gan arwah (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib) dan memberikan khidmat terbaik untuk semua penduduk di DUN ini,” katanya.

Ditanya mengenai PRK, katanya biarpun kerusi DUN itu milik BN sebelum ini, dia tidak akan mengambil mudah cabaran pihak lawan.

Untuk rekod, Mohd Khusairi selaku penyandang kerusi itu menjadi ADUN Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU-14, beliau mempertaha­nkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, serta calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Saya akan berusaha menyambung kesinambun­gan arwah (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib) dan memberikan khidmat terbaik untuk semua penduduk di DUN ini.

Mohd Zaidi Aziz, Calon BN

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad (kiri), Saarani dan Mohd Zaidi (dua dari kanan) pada pengumuman calon BN, di Trolak, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahmad (kiri), Saarani dan Mohd Zaidi (dua dari kanan) pada pengumuman calon BN, di Trolak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia