Berita Harian

PDRM umum rombakan besar-besaran dalam tempoh dua minggu

Beberapa anggota kanan bersara, tiada kaitan isu di Sungai Buloh

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Satu rombakan secara besar-besaran bakal berlaku dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata rombakan dilakukan susulan persaraan beberapa pegawai tinggi dalam pasukan itu.

“Rombakan besar akan berlaku dalam masa seminggu dua ini kerana beberapa pegawai tinggi akan bersara.

“Bagaimanap­un, rombakan ini tidak berkaitan dengan isu di Sungai Buloh kerana perkara itu pada masa ini sedang giat disiasat Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Abdul Hamid berkata, pada masa ini beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berhubung isu yang berlaku di Sungai Buloh sehingga siasatan pihak JIPS selesai dijalankan.

“Siasatan dijalankan JIPS Bukit Aman sejak awal lagi iaitu sebelum perkara ini tular dan setakat ini tiada anggota polis yang ditahan.

“Setelah siasatan selesai, baru pihak polis akan putuskan apa tindakan akan dibuat, jadi beri sedikit masa dan saya memberi jaminan tidak akan melengah-lengahkan kes berkenaan,” katanya.

Abdul Hamid sebelum ini berkata, sebarang tindakan termasuk rombakan dalaman membabitka­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hanya akan diputuskan selepas siasatan berhubung kes perjudian di daerah itu yang ditularkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, selesai.

Beliau berkata, pucuk pimpinan PDRM perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.

Mohd Asri menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak berkuasa didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh

Rombakan ini tidak berkaitan dengan isu di Sungai Buloh kerana perkara itu pada masa ini sedang giat disiasat Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

yang melakukan kesalahan.

Beliau yang turut dikenali sebagai Asri Janggut turut mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakan­nya tetapi tidak kepada peniaga lain.

Beliau turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis mungkin menerima suapan daripada sindiket yang menjalanka­n kegiatan judi haram serta penjualan rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia