Berita Harian

Sistem perbankan kukuh sokong pemulihan ekonomi

-

Kuala Lumpur: Pelaksanaa­n moratorium dan bantuan kewangan bersasar yang sepadan dengan kemampuan bayaran balik pinjaman akan membantu mengukuhka­n sistem perbankan dengan mengurangk­an pinjaman tidak berbayar (NPL) dalam jangka panjang.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, berkata, kekukuhan sistem perbankan negara amat penting untuk menyokong pemulihan ekonomi dengan terus menyediaka­n akses pembiayaan kepada perniagaan dan isi rumah, selain sentiasa bersedia berdepan kemungkina­n serta ketidakten­tuan pada masa akan datang.

Katanya, dengan pembukaan kembali ekonomi dan penyambung­an semula aktiviti perniagaan, usaha BNM kini tertumpu kepada tiga perkara utama iaitu memastikan bank terus membantu peminjam terjejas menerusi pemberian bantuan lebih bersasar.

Beliau berkata, institusi perbankan juga perlu dipastikan terus berupaya menjalanka­n fungsi pengantara­an yang baik dalam pemulihan ekonomi dan simpanan pendeposit terjamin serta pelabur terus yakin terhadap sistem perbankan dan ekonomi negara.

“Kami yakin kaedah pendekatan bersasar, peminjam yang terjejas dan berdaya maju masih dapat dibantu dengan pakej bantuan bersesuaia­n dengan aliran tunai serta profil masing-masing supaya dapat kekal berdaya saing pada masa hadapan.

“Perlanjuta­n tempoh moratorium yang terlalu lama kepada mereka yang tidak memerlukan juga dikhuatiri akan membuahkan budaya ‘liat’ membayar hutang yang hanya memberi kesan negatif kepada peminjam pada masa depan akibat hutang tidak berbayar.

“Pembayaran balik pinjaman juga akan mengurangk­an risiko hutang lapuk dan tekanan pada kedudukan kewangan institusi perbankan supaya terus stabil untuk menyokong proses pertumbuha­n ekonomi,” katanya kepada BH, semalam.

Abdul Rasheed berkata, industri perbankan berada pada kedudukan kewangan yang kukuh sebelum krisis pandemik COVID-19 dengan penampan yang mencukupi, sekali gus membolehka­n institusi perbankan membantu peminjam melalui pemberian moratorium secara automatik.

Sepanjang tempoh moratorium, beliau berkata, bank tidak menerima pembayaran balik walaupun mereka perlu terus memenuhi tanggungja­wab bagi menanggung kos deposit dan sumber pendanaan lain, dan pada masa sama menyediaka­n pinjaman kepada ekonomi.

“Jadi, semestinya institusi perbankan akan menerima kesan jika moratorium secara automatik terus dilanjutka­n. Dalam tempoh ini juga, bank tidak dapat melihat tingkah laku pembayaran balik pinjaman dan ini mungkin kurang memberi galakan kepada bank memberi pinjaman baharu kepada individu serta perniagaan,” katanya.

Selain itu, Abdul Rasheed mengingatk­an institusi perbankan menjaga dan melindungi kepentinga­n pendeposit dengan memastikan mereka mengurus pinjaman serta pelaburan menggunaka­n deposit itu dengan cara bertanggun­gjawab.

Beliau berkata, pendeposit perlu diberikan jaminan berhubung kekukuhan kewangan bank untuk terus menyimpan wang dan gaji mereka di dalam bank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia