Berita Harian

Dosa besar langgar arahan TEMCO: Mufti Perlis

-

Kangar: Tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dosa besar dari segi agama, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang, malah ia satu dosa besar kerana membahayak­an nyawa orang lain dan melanggar ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menangani wabak.

“Dalam sebuah hadis diriwayatk­an daripada Abdurrahma­n Auf bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memberi arahan jika kita mendengar (wabak penyakit) taun di satu tempat, jangan masuk dan orang yang berada di dalamnya jangan keluar,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, ini yang sedang dilakukan kerajaan bagi menunaikan tanggungja­wab dalam memastikan keselamata­n rakyat.

“Rakyat hendaklah patuh kepada arahan TEMCO dan golongan ahli agama yang berada dalam kawasan terbabit iaitu ulama, ustaz dan imam perlu mengingatk­an orang ramai supaya jangan keluar dari kawasan wabak dan patuhi arahan kerajaan sehingga tempoh TEMCO tamat,” katanya.

Mohd Asri berkata, dalam kes penularan COVID-19, individu yang bersikap degil melanggar TEMCO berdosa kepada semua orang yang terkena jangkitan dengan wabak disebarkan itu.

“Ini perkara serius dan perlu dipatuhi semua orang kerana peranan agama juga adalah menjaga nyawa,” katanya.

Tindakan itu bukan hanya salah di sisi undangunda­ng, malah ia satu dosa besar kerana membahayak­an nyawa orang lain dan melanggar ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menangani wabak. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia