Berita Harian

Polis tahan 182 individu ingkar PKP

-

Kuala Lumpur: Seramai 182 individu ditahan polis kelmarin kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 18 individu direman, dua individu dijamin dan 162 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti karaoke tanpa lesen membabitka­n 11 individu, aktiviti tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) (36) dan tidak memakai pelitup muka (17).

“Tindakan turut diambil terhadap 100 individu yang terbabit dalam aktiviti membabitka­n kehadiran orang ramai yang menyukarka­n penjarakan sosial, manakala dua lagi individu melanggar perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, dua individu yang melanggar perintah kuarantin dikenakan tindakan.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaa­n dan pemantauan polis serta petugas Kementeria­n Kesihatan (KKM) di kediaman mereka.

Ismail Sabri berkata, kelmarin polis melakukan 1,559 pemeriksaa­n terhadap individu sedang menjalanka­n kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis bersama petugas KKM akan sentiasa membuat pemeriksaa­n dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Katanya, sejak 24 Julai hingga kelmarin, seramai 9,984 individu yang pulang ke tanah air diarahkan menjalani kuarantin wajib dan ditempatka­n di 61 hotel serta lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Perlis, Kedah, Labuan dan Johor.

“Daripada jumlah itu, 20 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 2,200 individu dibenarkan pulang,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan 10 warga asing dalam sekatan jalan raya melalui Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

 ??  ?? Seramai 42 PATI ditahan menerusi Operasi Benteng di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.
Seramai 42 PATI ditahan menerusi Operasi Benteng di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia