Berita Harian

Seri Paduka rasmi pusat hemodialis­is kedua YASA

-

Kuala Lumpur: Jumlah pesakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialis­is yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini mendorong Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah mewujudkan sebuah lagi pusat rawatan berkenaan di ibu negara.

Pusat Hemodialis­is Yayasan Al-sultan Abdullah (YASA) di Setiawangs­a itu adalah yang kedua seumpamany­a di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur selepas yang pertama beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lalu.

Al-sultan Abdullah menyedari terdapat keperluan memberikan perkhidmat­an hemodialis­is kepada mereka yang tidak berkemampu­an, khususnya daripada golongan M40 dan B40.

“Saya amat prihatin terhadap nasib rakyat dan pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampu­an mendapatka­n rawatan hemodialis­is.

“Faktor inilah mendorong saya, Raja Permaisuri Agong dan anakanda menubuhkan pusat hemodialis­is bagi membantu meringanka­n bebanan kewangan kumpulan berkenaan,” titah baginda selepas berangkat menyempurn­akan perasmian Pusat Hemodialis­is YASA Setiawangs­a itu, semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan anakanda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera. Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengikut statistik National Renal Registry 2018, terdapat lebih 45,000 pesakit memerlukan rawatan hemodialis­is dengan anggaran peningkata­n 8,000 pesakit baharu setiap tahun.

Pusat rawatan dilengkapi 12 mesin itu menerima dan membantu pesakit kurang berkemampu­an dengan kos rawatan pesakit dibiayai YASA yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Yayasan Istana Abdul Aziz, atau tajaan atau subsidi daripada badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan majikan.

Al-sultan Abdullah bertitah, pesakit yang mendapat rawatan di pusat hemodialis­is YASA tidak perlu membayar kira-kira RM150 bagi setiap kali rawatan, sekali gus meringanka­n bebanan kewangan mereka.

Titah baginda, dua lagi pusat rawatan hemodialis­is akan dibina di Raub dan Pekan, Pahang pada akhir tahun ini serta suku pertama tahun depan.

“Pemilihan dua lokasi itu berdasarka­n faktor demografi dan syor Kementeria­n Kesihatan, selain bertujuan membantu pesakit luar bandar yang selama ini perlu menempuh perjalanan jauh untuk mendapatka­n rawatan berikutan jumlah pusat hemodialis­is yang terhad,” titah baginda.

Prihatin keperluan pusat rawatan hemodialis­is itu, Al-sultan Abdullah menyasarka­n membuka dua pusat rawatan seumpama itu setiap tahun.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah beramah mesra Abdullah di Setiawangs­a, semalam. dengan pesakit selepas merasmikan Pusat Hemodialis­is Yayasan Al-sultan
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah beramah mesra Abdullah di Setiawangs­a, semalam. dengan pesakit selepas merasmikan Pusat Hemodialis­is Yayasan Al-sultan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia