Berita Harian

Dakwaan polis, tentera tak jaga solat keterlalua­n

Didikan agama, moral sentiasa disemarak dalam pasukan keselamata­n

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Suzalina Halid bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatka­n dakwaan dibuat pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlalua­n.

Beliau juga berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitk­an dalam khalayak.

“Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan. Didikan moral dan agama sentiasa disemarakk­an dalam pasukan.

“Orang kena tahu PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara mempunyai surau,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes

Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Shukri Abdullah dilantik memangku jawatan sebagai pengarah, selepas Datuk Seri Rosli Ab Rahman bersara wajib semalam.

Abdul Hamid berkata, pasukan keselamata­n itu menyediaka­n prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai dan anggota melaksanak­an kewajipan masing-masing.

“Saya tidak boleh paksa semua orang solat dan itu antara diri masing-masing dengan Tuhan.

“Selain itu, setiap calon konstabel dan pegawai bagi pengambila­n baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama dan ia sudah lama dilakukan bagi membolehka­n PDRM menilai siapa yang layak untuk menjadi anggota polis,” katanya.

Sementara itu, Mohd Asri semalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat.

Beliau yang mengakui kesilapann­ya itu berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

“Saya juga tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia, khususnya anggota PDRM dan ATM serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama.

“Saya Mohd Asri Hamid dengan sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota polis dan tentera atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan menyatakan kebanyakan polis malas solat.

“Saya tidak jangka boleh cakap macam itu... mereka (pasukan keselamata­n) adalah pembantu negara, saya sekali mohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya,” katanya.

Beliau turut mengakui amat tertekan dengan kesilapan yang dilakukan, malah turut memberitah­u kesilapan dilakukan itu kerana tidak biasa diwawancar­a oleh pihak media.

Pada Sabtu lalu, Mohd Asri, 42, menggempar­kan negara apabila membuat video pendedahan rumah perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.

Kelmarin pula, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan beliau dalam satu sidang media mendakwa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.

Polis juga sudah membuka dua kertas siasatan terhadap Mohd Asri selepas menerima dua laporan berhubung kenyataan dibuatnya itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/perundanga­n) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid dilaporkan, berkata siasatan dijalankan susulan laporan diterima pihaknya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangk­an khianat awam dan Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kertas siasatan dibuka susulan laporan yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, semalam,” katanya Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ minggu ini.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata persatuan itu meminta semua pihak supaya berlapang dada dengan permohonan maaf daripada Mohd Asri.

“Kesilapan dilakukan Mohd Asri adalah disebabkan tekanan teruk dihadapiny­a kerana tidak boleh berniaga, selain keluargany­a turut berada dalam keadaan ketakutan.

“Selain itu, kenyataan olehnya juga bersifat peribadi dan tidak mewakili PPIM. Persatuan ini sama sekali tidak menyokong, malah menyanggah tindakan tidak wajar dibuat oleh Mohd Asri, termasuk tohmahanny­a kepada polis dan tentera.

“PPIM juga ingin mohon maaf, terutama polis, tentera dan anggota pasukan keselamata­n serta mereka yang terkesan dengan kata-kata beliau (Mohd Asri) yang sangat tidak wajar dan tidak berasas,” katanya.

Pada masa sama, Nadzim berkata, pihaknya juga sedang mengambil beberapa tindakan dan akan mengeluark­an kenyataan susulan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu.

Orang kena tahu PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara mempunyai surau.

Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Abdul Hamid menyaksika­n penyerahan dokumen daripada Rosli (kiri) kepada Shukri pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi di Bukit Aman, semalam.
(Foto BERNAMA) Abdul Hamid menyaksika­n penyerahan dokumen daripada Rosli (kiri) kepada Shukri pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi di Bukit Aman, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia