Berita Harian

Pekebun kecil kena manfaat Insentif Pengeluara­n Getah

- Penulis adalah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumka­n pekebun kecil boleh menuntut Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) bagi Julai lalu, mulai 1 hingga 31 Ogos dengan bayaran IPG teraktif bagi Semenanjun­g ialah 70 sen, manakala Sabah dan Sarawak, masing-masing RM1 dan 90 sen untuk setiap kilogram.

Inisiatif pembayaran IPG dapat memberi ‘duit lebih’ kepada pekebun kecil untuk menampung perbelanja­an harian mereka terjejas akibat impak kejatuhan harga getah di pasaran.

Sejak Januari tahun lalu, IPG diaktifkan jika harga purata bulanan getah SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga pada peringkat ladang mencecah RM2.50 sekilogram ke bawah.

Harga semasa getah sekerap cawan di

Semenanjun­g kini sekitar RM 1.80 sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak pula lebih rendah, iaitu masing-masing sekitar RM1.50 sekilogram dan RM1.60 sekilogram.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga meminta pekebun kecil getah untuk menuntut bayaran IPG kerana kerajaan sudah memperuntu­kkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pembayaran insentif itu tahun ini.

Katanya, berdasarka­n rekod kementeria­n hanya kira-kira 20 peratus pekebun getah di seluruh negara membuat tuntutan IPG membabitka­n pembayaran berjumlah RM40 juta. Masih berbaki kira-kira RM60 juta lagi peruntukan subsidi IPG untuk 2020 yang boleh dituntut pekebun kecil getah kerana satu kerugian jika tidak dimanfaatk­an bantuan ini.

Harga jualan getah semasa boleh dianggap ‘melemaskan’ oleh pekebun kecil dan penoreh getah kerana pendapatan hasil jualan tidak selari dengan situasi harga barangan keperluan mahal di pasaran serta peningkata­n kadar inflasi.

Walaupun harga petrol ketika ini boleh dianggap murah dengan turun naik setiap minggu, ia tidak memberi kesan pada tuntutan perbelanja­an kerana harga barangan tidak pernah turun-turun apabila sudah naik. Dengan situasi semasa ekonomi terjejas teruk disebabkan COVID-19, cuba bayangkan kesempitan perlu dihadapi pekebun kecil dan penoreh getah yang rata-ratanya golongan berpendapa­tan rendah B40?

Justeru, masyarakat tidak boleh memberikan tidak selesa apabila kerajaan memberi lebih perhatian dan bantuan kepada pekebun kecil dan penoreh getah kerana sememangny­a bantuan kewangan berkala dan bersasar seperti

IPG, Bantuan Musim Tengkujuh dan Bantuan Sara Hidup Penoreh Getah ini amat diperlukan.

Sebagai kerajaan yang sentiasa prihatin dengan ‘periuk nasi’ rakyatnya, segala alternatif perlu diterokai segera untuk menstabilk­an harga getah kepada harga yang lebih ‘menggembir­akan’ penoreh getah.

Pada masa sama, bantuan kewangan dan subsidi perlu terus diberikan secara telus tanpa berlakunya elemen pembaziran dan ketirisan.

Justeru, keutamaan perlu diberikan kepada untung nasib penoreh getah terlebih dahulu agar mereka tidak terus dibiarkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia