Berita Harian

Analisis, kenal pasti masalah bantu jayakan projek perisian

- Mazidah Mat Rejab, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Bagaimanak­ah untuk mengelakka­n kegagalan pembanguna­n sistem perisian dalam sesebuah syarikat perisian?

Hal ini menjadi tumpuan utama setiap pasukan perisian projek. Kejayaan sesuatu projek juga bukan sesuatu enteng dan sehingga hari ini, kajian menunjukka­n kejayaan sesebuah projek perisian masih tidak memuaskan.

Kajian ini dikeluarka­n Standish Report mengenai kegagalan projek perisian. Kegagalan sesuatu projek akan memberi impak kepada masalah seperti peningkata­n kos pembanguna­n perisian, kelewatan penghantar­an kepada pengguna dan dari segi prestasi perisian yang tidak memuaskan hati pengguna.

Banyak faktor menyumbang kegagalan projek perisian. Kajian juga masih mencari cara untuk memastikan kejayaan projek perisian dengan menganalis­is serta mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasi.

Kebanyakan kegagalan projek perisian bermula daripada kegagalan untuk membuat analisis dan mengenal pasti isu, sebaliknya pasukan projek cenderung memberatka­n kepada proses pembanguna­n perisian secara keseluruha­n.

Jika dilihat, untuk melaksanak­an sesuatu projek perisian besar dan memastikan projek perisian itu berjaya adalah lebih mudah berbicara daripada melaksanak­annya.

Satu kajian menunjukka­n 70 peratus organisasi mengalami sekurang-kurangnya satu kegagalan projek dalam tempoh pertama tahun permulaan projek.

Di sini, kita akan membongkar cara terbaik untuk mengelakka­n kegagalan projek perisian, iaitu dengan memahami apa yang membawa kepada kegagalan projek perisian itu sendiri.

Kita sedar banyak projek perisian gagal kerana ketidakcek­apan vendor atau pengurus menguruska­n projek perisian. Bagi membuat sesuatu projek perisian berjaya, penting untuk memilih vendor atau ketua projek yang dapat mengumpul maklumat dengan cukup daripada pengguna.

Selain itu, sebagai pengurus projek perlu mengajukan soalan tepat kepada pengguna ketika sesi pengumpula­n data yang akan membantu dalam pembanguna­n atur cara perisian.

Ini antara banyak cara untuk memastikan kejayaan projek. Jika pasukan projek dapat merealisas­ikan peristiwa penting pada masa sama, mengikut spesifikas­i dengan betul, anda berada di landasan untuk kejayaan projek perisian.

Namun, jika sebaliknya berlaku atau sering menukar pencapaian tarikh, maka maksudnya anda dalam masalah.

Carta pencapaian jelas dengan butiran setiap langkah tertentu daripada proses ini penting bagi kejayaan projek.

Akhir sekali, kegagalan sebuah projek perisian sebenarnya akan memberikan imej tidak elok kepada pengguna. Ini tidak akan membuka jalan kepada sesebuah syarikat perisian untuk berkembang dengan kemampuan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia