Berita Harian

Calon Bebas wakili kumpulan penyokong Tun M

-

Slim River: Kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, menamakan peguam syarie dan peguambela, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan berlangsun­g 29 Ogos ini.

Anak jati Perak itu akan bertanding atas tiket Bebas, berdepan calon yang terdahulu diumumkan Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Pengumuman mengenai pencalonan itu dibuat sempena Majlis Memperkena­lkan Calon PRK N.58 Slim di Bilik Gerakan Utama, Taman Slim Permata dekat sini, malam tadi.

Amir Khusyairi, 38, yang juga anak kepada bekas naib kadi Teluk Intan dan pesara guru adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Beliau mempunyai lima orang anak, manakala isterinya, Dr Nur Aainaa Othman, adalah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan serta doktor pakar jemputan di Hospital Slim River.

Terdahulu, pada sebelah petang Dr Mahathir melalui media sosial menamakan parti politik baharu yang ditubuhkan­nya sebagai ‘Pejuang.’

Mendedahka­n nama itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, parti berkenaan ditubuhkan kerana kesedaran dan untuk membantera­s rasuah yang menghancur­kan bangsa.

“Pilihlah. Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu.

“Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih ‘Pejuang’,” menurutnya dalam kenyataan berbentuk sajak menerusi hantaran di Facebook dan Twitter beliau semalam.

Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumka­n penubuhan parti baharu yang belum diberi nama dan tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Beliau dilapor berkata parti itu akan dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.

 ?? (Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) ?? Dr Mahathir menyerahka­n watikah pelantikan Khusyairi di Slim River, malam tadi. calon Bebas kepada Amir
(Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) Dr Mahathir menyerahka­n watikah pelantikan Khusyairi di Slim River, malam tadi. calon Bebas kepada Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia