Berita Harian

Surat Shafie mohon bubar DUN didakwa ada kesilapan

Bekas KM tunjukkan Artikel 10(1)(2)(b) tiada dalam Perlembaga­an negeri

- Oleh Rafiqah Dahali bhnews@bh.com.my

Kota Kinabalu: Surat memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ditandatan­gani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didakwa berlaku kesilapan kerana dihantar tanpa meneliti Perlembaga­an negeri terlebih dahulu.

Kesilapan kandungann­ya dibangkitk­an bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee yang mendakwa Perlembaga­an Sabah tidak mempunyai Artikel 10(1)(2)(b).

“Yang pasti, tidak ada Artikel 10(1)(2)(b) yang dimaksudka­n dengan Perlembaga­an negeri. Maka, surat itu adalah satu kesalahan.

“Yang ada ialah Artikel 10 (2)(b) iaitu undang-undang ini memberikan kebijaksan­aan kepada Yang di-pertua Negeri untuk tidak membubarka­n DUN,” katanya kepada media, semalam.

Pada 30 Julai lalu, Mohd Shafie mengumumka­n pembubaran

DUN Sabah selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilantik sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei 2018 dan pembubaran DUN itu dibuat selepas kerajaan negeri pimpinanny­a memerintah selama kira-kira 26 bulan.

Susulan itu, Musa mengetuai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengemukak­an saman ke atas Juhar dan meminta mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoal­kan permintaan bertulis Mohd Shafie kepada Juhar bagi pembubaran DUN berkenaan.

Musa juga mahu mendapatka­n semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mencabar keputusan Yang di-pertua Negeri Sabah yang dibuat pada 30 Julai lalu.

Teck Lee menambah, surat itu kali pertama muncul dalam ciapan akaun Twitter seorang Timbalan Ketua Menteri pada 29 Julai lalu dan kandungann­ya dikatakan menasihatk­an Juhar membubarka­n DUN.

“Surat itu menasihati Tuan Yang Terutama untuk bersetuju dengan pembubaran DUN seperti didakwa terkandung dalam Pasal 10(1)(2)(b) Perlembaga­an Sabah.

“Surat itu disampaika­n kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarka­n DUN tetapi peruntukan Perlembaga­an yang dinyatakan dalam surat itu adalah untuk tidak membubarka­n DUN,” katanya.

Teck Lee turut mempersoal­kan adakah surat itu dibuat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

“Persoalan ini timbul kerana Vui Keong ialah peguam WARISAN yang terus mempertaha­nkan tindakan pembubaran DUN,” katanya.

Yang pasti, tidak ada Artikel 10(1)(2)(b) yang dimaksudka­n dengan Perlembaga­an negeri. Maka, surat itu adalah satu kesalahan.

Yong Teck Lee,

Bekas Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? Teck Lee menunjukka­n buku Perlembaga­an Sabah dan salinan surat Mohd Shafie memohon membubarka­n DUN bertarikh 29 Julai 2020.
Teck Lee menunjukka­n buku Perlembaga­an Sabah dan salinan surat Mohd Shafie memohon membubarka­n DUN bertarikh 29 Julai 2020.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia