Berita Harian

Tun M namakan parti baharu Pejuang

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan parti politik baharu yang ditubuhkan­nya sebagai ‘Pejuang.’

Mendedahka­n nama itu di media sosial, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, parti itu ditubuhkan kerana kesedaran dan untuk banteras rasuah yang menghancur­kan bangsa.

“Pilihlah. Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu.

“Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah, jika ingin kekal hak kita, pilih parti kami. Pilih Pejuang,” menurutnya dalam kenyataan berbentuk sajak menerusi hantaran di Facebook dan Twitter beliau, semalam.

Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumka­n penubuhan parti baharu yang belum diberi nama dan tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Beliau optimis parti baharu ditubuhkan­nya boleh menjadi blok penentu kepada kemenangan PN dan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau dilapor berkata, parti itu akan dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berkata, parti berkenaan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak pada 29 Ogos ini atas tiket Bebas. BERNAMA

 ??  ?? Keratan akhbar BH, 8 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH, 8 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia