Berita Harian

Projek perumahan generasi kedua FELDA terus dilaksana

-

Kerajaan akan meneruskan projek perumahan generasi kedua FELDA meskipun perlu menyalurka­n subsidi yang besar dalam kekangan kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata antara isu lain didapati menyelubun­gi projek itu adalah model yang tidak lestari.

Beliau berkata, ia boleh dilihat apabila projek bermula pada 2013 yang menyasarka­n pembinaan 20,000 unit, tidak sampai 3,000 rumah siap sepenuhnya.

“Mula-mula pada 2013, kerajaan mengumumka­n akan membina 20,000 unit rumah untuk generasi kedua (FELDA) ini kosnya RM1.5 bilion. Itu perancanga­nnya, tetapi yang dirancang cuma 8,314 unit membabitka­n 38 tapak.

“Daripada 38 tapak membabitka­n 8,314 unit, yang siap hanya 2,058 unit merangkumi 10 tapak, walhal rancang 20,000 unit. Sebanyak 18 tapak kurang 70 peratus (siap).

“Isu utama ialah modelnya tidak lestari kerana kos pembinaan RM198,000 dijual pada harga RM90,000. Bagi setiap rumah yang dibina, kerajaan terpaksa beri subsidi RM110,000 (seunit).

“Sebab itu projek ini tidak dapat 'take off' (bergerak) dengan lancar kerana subsidi yang besar. Subsidi ini datang dari dua sumber iaitu kerajaan dan FELDA. Kita sedia maklum FELDA menghadapi beberapa cabaran,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan Peringkat Jawatankua­sa di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia