Berita Harian

Kaji semula kaedah lantik peguam bebas SPR

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengkaji semula kaedah pelantikan peguam bebas bagi mewakili Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dalam kes petisyen pilihan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan terdahulu memutuskan Jabatan Peguam Negara tidak lagi boleh mewakili SPR dalam kes petisyen pilihan raya.

Katanya, terdapat peruntukan yang boleh digunakan SPR bagi membiayai petisyen pilihan raya.

Beliau berkata, SPR sebelum ini menggunaka­n RM400,000 untuk membiayai kos petisyen pilihan raya ketika pentadbira­n sebelum ini membabitka­n Jasin, Sipitang, Rantau dan Kimanis

“Berdasarka­n peruntukan RM15 juta, terdapat peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membiayai petisyen pilihan raya.

“Dengan kata lain, SPR perlu melantik peguam bebas untuk mewakili mereka dalam sesuatu petisyen pilihan raya.

“Kerajaan pada masa itu (dahulu) dan kerajaan sekarang ini berpandang­an sebenarnya Jabatan Peguam Negara mempunyai kepakaran yang boleh dikatakan tidak boleh dipertikai, malah melebihi peguam swasta yang sekali-sekala membuat kes petisyen ini.

“Jadi, kerajaan akan memikirkan dasar yang baharu terhadap perwakilan kepada SPR jika atau sekiranya berlaku petisyen pilihan raya,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Peringkat Jawatankua­sa di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya pasca COVID-19 seperti dibangkitk­an Datuk Seri Ahmad Maslan (Bn-pontian), beliau berkata, SPR terikat dengan semua garis panduan Kementeria­n Kesihatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia