Berita Harian

RM1.2 bilion diperlukan jika PRU mengejut

Anggaran kos ambil kira SOP cegah penularan jangkitan

- Oleh Zanariah Abdul Mutalib, Mohd Nasaruddin Parzi dan Fahmi A Rosli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memerlukan RM1.2 bilion jika Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut diadakan pada masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),

Datuk Takiyuddin Hassan, berkata jumlah itu adalah berikutan pendemik COVID-19 yang melanda negara sekarang.

Katanya, anggaran itu untuk melaksanak­an proses pilihan raya dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.

“SPR memaklumka­n sekiranya kerajaan adakan pilihan raya snap (mengejut) untuk seluruh negara pada masa ini, pasca-covid-19, dianggarka­n perbelanja­an sebanyak RM1.2 bilion diperlukan,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankua­sa

SPR memaklumka­n sekiranya kerajaan adakan pilihan raya snap (mengejut) untuk seluruh negara dianggarka­n RM1.2 bilion diperlukan.

Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

bagi Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Beliau berkata daripada RM15 juta yang diterima SPR bagi 2019, sebanyak RM12,946,353.50 dibelanjak­an untuk elaksanaan lima Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu PRK Parlimen Cameron Highlands, Parlimen Sandakan dan Parlimen Tanjung Piai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Rantau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia