Berita Harian

Lebih 130 Ahli Parlimen tolak penaklukan Israel

-

Kuala Lumpur: Lebih 130 Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkan­g menandatan­gani petisyen untuk mengecam dan menolak rancangan pengilhaka­n (penaklukan) oleh Israel ke atas Palestin.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata petisyen itu menggarisk­an enam cadangan antaranya mengusir Israel daripada perhimpuna­n dan semua agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Saya ingin mengumumka­n sehingga hari ini (semalam), petisyen ini telah ditandatan­gani oleh lebih 130 orang Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan dan pembangkan­g.

“Mereka menyatakan solidariti dan sokongan terhadap usul yang dikemukaka­n bersama usul itu,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau berkata, petisyen sedemikian daripada Ahli Parlimen seluruh dunia termasuk Malaysia amat penting untuk terus mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Israel menghentik­an

Ini berkaitan kedaulatan dan kehendak untuk hidup aman dan harmoni di atas tanah dan harta sendiri bersama keluarga.

Ahli Parlimen Ledang

rancangan pengilhaka­n itu.

Katanya, petisyen itu akan diserahkan kepada kedutaan AS dan kedutaan Palestin pada Isnin depan.

“Ia juga akan turut dipanjangk­an kepada Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan Kesatuan Ahli Parlimen Serantau seperti Asean Inter-parliament­ary Assembly (AIPA).

“Ini bukan isu agama semata-mata kerana ada rakyat Islam, Yahudi dan Kristian di Palestin.

Ini berkaitan kedaulatan dan kehendak untuk hidup aman dan harmoni di atas tanah dan harta sendiri bersama keluarga,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Persidanga­n Kamar Khas Parlimen sebulat suara bersetuju dengan usul khas dibawa Syed Ibrahim mengenai isu Palestin, antara lain menggesa kerajaan bekerjasam­a dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mendesak Israel disingkirk­an daripada PBB.

 ??  ?? Syed Ibrahim Syed Noh,
Syed Ibrahim Syed Noh,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia