Berita Harian

Ketua polis balai, 2 anggota disyaki terima RM6,000

Suspek ditahan kes pemilik perniagaan langgar PKP elak kena saman

- Oleh Ilah Hafiz Aziz, Amir Mamat dan Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang ketua polis balai dan dua anggotanya di daerah Melaka Tengah ditahan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsun­g.

Ketua polis balai berpangkat sub inspektor berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua anggotanya berusia 26 dan 27 tahun selepas meminta serta menerima rasuah RM6,000.

Suapan itu bertujuan untuk mengelak tindakan saman ke atas seorang pemilik perniagaan yang dikatakan melanggar arahan PKP.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek ditahan petang kelmarin, dalam serbuan di sebuah balai polis dan pemeriksaa­n turut menemui wang RM6,000 disimpan dalam pejabat salah seorang suspek.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, mengesahka­n tangkapan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, tiga anggota terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka, semalam sebelum dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Lee Kim Keat, ke atas ketiga-tiga anggota terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu di Johor Bahru, seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan meminta dan menerima wang suapan bernilai RM3,500, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Yusri Borhan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, Mohd Yusri didakwa melakukan kesalahan pertama, iaitu meminta wang suapan bagi dirinya berjumlah RM2,000 secara bulanan daripada seorang wanita pada 16 Disember 2016 jam 7 malam.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sebagai dorongan tertuduh yang pada waktu itu bertugas di Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan untuk memberikan maklumat kepada wanita itu jika terdapat serbuan dan operasi dilakukan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima RM1,500 daripada individu sama pada 9 Januari 2017, jam 2.40 petang di Jalan Meldrum bagi tujuan sama.

Pendakwaan ke atasnya dikemukaka­n mengikut Seksyen 16(a) B dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim menetapkan RM14,000 sebagai jaminan dengan isterinya sebagai penjamin dan meminta tertuduh melaporkan diri setiap bulan di Pejabat SPRM berhampira­n.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali.

Mahkamah menetapkan 14 September depan sebagai tarikh sebutan semula.

 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Pegawai SPRM bersama ketua polis balai dan dua anggota daripada seorang pemilik perniagaan kerana melanggar PKP. disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Pegawai SPRM bersama ketua polis balai dan dua anggota daripada seorang pemilik perniagaan kerana melanggar PKP. disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000
 ?? (Foto Zain Ahmed/bh) ?? Ayob Khan menunjukka­n gambar suspek ditahan kes memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah kilang di Johor Bahru.
(Foto Zain Ahmed/bh) Ayob Khan menunjukka­n gambar suspek ditahan kes memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah kilang di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia