Berita Harian

Saman gagal guna kerusi keselamata­n ditangguh

JPJ terus beri pendidikan, tak mahu bebankan ibu bapa

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Mohd Nasaruddin Parzi dan Fahmy A Rosli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan menangguhk­an tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal menggunaka­n kerusi keselamata­n kanak-kanak (CRS) sehingga akhir tahun ini.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kini hanya meneruskan pendidikan, advokasi dan pemberian nasihat.

Katanya, kementeria­n juga sedang merangka cara penyelesai­an jangka panjang yang dapat melindungi tahap keselamata­n kanak-kanak tanpa membebanka­n rakyat, khususnya ibu bapa.

“Kita akan teruskan penggunaan CRS, tetapi kita tidak akan saman dan kita lanjut (tangguh saman) sampai hujung tahun.

“Kita sedang mengkaji dari segi ketinggian dan umur. Kita melihat praktikal jika di Jepun, kanak-kanak di bawah umur enam tahun, di Eropah dia sampai 15 tahun, ada yang sampai (tinggi) 150 sentimeter (sm).

“Adakah nilai ambang (tinggi) 135 sm dan (berat) 36 kilogram ini adalah nilai ambang yang patut kita terima pakai. Semua ini dalam peringkat kajian dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang buat kajian khusus,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (BERSATU-LIBARAN) pada sesi soal jawab lisan, pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Kerajaan pada Oktober tahun lalu mengumumka­n akan mewajibkan penggunaan CRS dalam kenderaan bermula 1 Januari 2020 bagi menyelamat­kan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian, sekiranya berlaku kemalangan.

Menjawab soalan asal, beliau berkata, kerajaan sedar wujudnya kekangan memperluas pelaksanaa­n peraturan CRS kepada kenderaan perkhidmat­an awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, teksi dan kenderaan e-hailing di atas faktor praktikali­ti.

Sebagai contoh, katanya, peralatan CRS mungkin tidak sesuai dipasang di atas tempat duduk dalam bas, selain kekangan menyediaka­n peralatan CRS bersesuaia­n untuk satu kanak-kanak oleh perkhidmat­an teksi dan e-hailing, mengambil kira saiz kanak-kanak yang berbeza.

“Saya mengarahka­n MIROS mengadakan perbincang­an terperinci dengan pihak persatuan pengeluar dan penjual kenderaan serta pihak pembuat dan pengimport CRS ke arah mengurangk­an kos jualan CRS.

“Bagi perkhidmat­an teksi dan e-hailing, penggunaan CRS adalah digalakkan. Penyedia perkhidmat­an digalakkan menyediaka­n CRS sejagat bagi kegunaan pelanggan,” katanya.

Katanya, bagi meningkatk­an tahap keselamata­n penumpang dalam bas ekspres, kerajaan sudah mewajibkan peraturan pemasangan tali pinggang keledar dalam semua bas ekspres bagi bas binaan baharu bermula tahun ini.

“Saya juga berbincang dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan mengenai pendekatan terbaik bagi pelaksanaa­n dasar CRS,” katanya.

Wee Ka Siong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia