Berita Harian

SKMM berjaya kendalikan 99 peratus aduan

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengendali­kan 11,216 aduan iaitu 99.83 peratus daripada jumlah keseluruha­n aduan diterima dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam kenyataan semalam, berkata pihaknya menerima 11,235 aduan berkaitan media baharu seperti penggodama­n, perjudian dalam talian, promosi pelacuran, pelanggara­n hak cipta, pemalsuan, pornografi dan hasutan.

“Pihak SKMM berjaya mengendali­kan 11,216 aduan iaitu 99.83 peratus daripada jumlah keseluruha­n aduan ini.

“Ini termasuk 80.56 peratus aduan yang diberi nasihat, panduan dan pendidikan kepada masyarakat; 18 peratus aduan dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindakan lanjut berasaskan terma dan syarat serta 1.27 peratus (143 aduan) didapati melanggar peruntukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumka­n, selepas melalui proses penyiasata­n rapi, tujuh kes sudah didakwa di mahkamah, manakala selebihnya masih dalam pelbagai peringkat siasatan seperti menunggu keputusan atau arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

SKMM dalam kenyataan sama berkata, terdapat 0.17 peratus daripada aduan diterima berada di luar bidang kuasa pihaknya dan sudah dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“SKMM sentiasa tegas menangani isu penyalahgu­naan media sosial dan usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan ketenteram­an awam terpelihar­a.

“Oleh itu, orang ramai diminta tampil membuat aduan sekiranya terdapat maklumat mengenai penyalahgu­naan media sosial atau internet melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada aduanskmm@mcmc.gov.my," katanya.

SKMM sentiasa tegas menangani isu penyalahgu­naan media sosial dan usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia