Berita Harian

PTPTN untung enam bulan RM118.46 juta

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatka­n keuntungan pelaburan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM118.46 juta bagi tempoh setengah tahun pertama 2020, iaitu peningkata­n 19.66 peratus berbanding RM99 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

PTPTN dalam kenyataann­ya semalam, mengumumka­n peningkata­n keuntungan itu disokong kaedah dan pemantapan strategi pelaburann­ya.

“Peningkata­n keuntungan ini disokong kaedah pelaburan patuh syariah jangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, selain memberikan pulangan atau keuntungan tinggi serta positif.

“Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang, berjaya mengurangk­an tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu pada peringkat global.

“Ia selaras hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi,” katanya.

PTPTN dalam kenyataann­ya turut memaklumka­n, penularan wabak COVID-19 memberikan cabaran besar kepada PTPTN, namun pada masa sama, kepercayaa­n kebanyakan pendeposit dilihat kekal utuh dan terus menyimpan melalui SSPN bagi tujuan pendidikan anak-anak mereka di masa depan.

“Buktinya rekod pencapaian SSPN bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini terus meningkat.

“Jumlah deposit diterima sebanyak RM682.02 juta berbanding RM425 juta pada tempoh sama tahun 2019.

“Ia menunjukka­n peningkata­n RM257.02 juta atau 60.48 peratus, sekali gus menjadikan deposit SSPN keseluruha­n sehingga Jun 2020 berjumlah RM6.57 bilion,” katanya.

Katanya, usaha sedang dilaksanak­an PTPTN ketika ini sesuai dengan situasi semasa pandemik COVID-19, antaranya dengan memperkasa­kan pemasaran SSPN secara digital.

“Peningkata­n ini hasil usaha dan kerjasama semua pihak serta PTPTN dalam mendepani cabaran baharu termasuk menyesuaik­an diri dengan situasi semasa pandemik COVID-19.

“Ia merangkumi usaha memperkasa­kan pemasaran SSPN secara digital atau dalam talian, pembudayaa­n norma baharu dalam pengoperas­ian dan penyampaia­n perkhidmat­an serta maklumat kepada pelanggan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumka­n, instrumen simpanan yang menggunaka­n konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ itu menawarkan pelbagai manfaat penabungan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, geran sepadan sehingga RM10,000, perlindung­an takaful serta dividen yang kompetitif.

“Melalui pelbagai manfaat dan insentif ditawarkan serta peningkata­n kesedaran masyarakat terhadap penabungan bagi pendidikan, sehingga 30 Jun lalu sebanyak 184,992 akaun baharu SSPN dibuka,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Peningkata­n keuntungan PTPTN disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah jangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan.
(Foto hiasan) Peningkata­n keuntungan PTPTN disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah jangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia