Berita Harian

‘Tak sampai hati beritahu Haziq seorang terselamat’

Jenazah tujuh sekeluarga dikebumi dalam satu liang lahad

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Ipoh: “Tak sampai hati saya hendak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, bapa saudara kepada kanak-kanak sembilan tahun yang terselamat dalam kemalangan meragut nyawa tujuh sekeluarga, termasuk ibu bapa dan adik perempuann­ya di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai dekat sini, kelmarin.

Mohd Zakri berkata, anak saudaranya itu, Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul yang patah tangan kanan dirawat di Zon Kuning, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bertanya kepadanya pada jam 5 pagi semalam, di mana ibu bapa dan nenek.

“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya, pak lang, kiranya Haziq seorang sahajalah yang hidup?

“Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitah­unya, katanya ‘Cik Sara’, iaitu mak ciknya menyebut ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” ka

Mohd Zakri Mat Isa

tanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, semalam.

Kelmarin, kemalangan maut di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands mengorbank­an tujuh daripada 10 mangsa apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh treler di laluan bertentang­an.

Dalam kemalangan itu, ibu bapa Muhammad Haziq Zikri, iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34; ibunya, Nuratiqah Abd Hamid, 30; adik perempuann­ya, Nur Qaseh Damia, 4, serta neneknya Fatimah Mat Isa, 68, maut.

Turut terkorban, ibu saudaranya, Hasliza Mahmud, 40, dan suaminya, Zulkifli Shuib, 41, selain anak tiri Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3.

Selain Muhammad Haziq Zakri, dua lagi yang terselamat adalah anak Hasliza dikenali sebagai Firash Mikhael Azrie Syah, 11 dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun.

Mohd Zakri berkata, keluarga adik dan sepupunya itu jarang berjalan jauh untuk melancong dan selalunya memilih destinasi yang dekat dengan kampung mereka, sekitar Kedah atau Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, kali ini, mereka memilih bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, selain sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu Ahad lalu.

“Malah kereta yang dinaiki mereka pun sebenarnya dipinjam daripada kenalan.

“Saya tahu mengenai nahas itu pada jam 7.30 malam kelmarin melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari kejadian itu melalui berita di media massa,” katanya.

Mohd Zakri berkata, ibunya yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukka­n sebarang kelakuan aneh, selain sempat bermalam bersama cucu di rumah beliau serta rumah abangnya ketika menyambut Aidiladha lalu.

“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakang­an ini. Ada juga dia meninggalk­an pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.

Beliau berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadika­n dalam satu liang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Mohd Zairul dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala

Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentang­an.

“Kenderaan itu kemudian merempuh bahagian hadapan treler berkenaan yang dipandu lelaki berusia 32 tahun sebelum terbalik menyebabka­n tujuh maut sementara tiga lagi penumpang terperangk­ap dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, di Kulim, jenazah tujuh sekeluarga itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah di dalam satu liang lahad pada jam 8.30 malam tadi.

Semua jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada jam 6.15 petang. Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan dibenarkan hadir menziarahi jenazah.

Suasana pilu menyelubun­gi kawasan perkuburan setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad.

 ?? (Foto Nor Farhani Che AD/BH) ?? Jenazah 7 sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, kelmarin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Indah.
(Foto Nor Farhani Che AD/BH) Jenazah 7 sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, kelmarin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Indah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia