Berita Harian

Arwah teringin sangat ke Cameron Highlands

-

Kulim: “Sepanjang berada di Pulau Pangkor, Tok Tam sering mencium dan belanja dua anak kami macam-macam sehingga saya berasakan agak pelik dengan sikap ditunjukka­n.

“Namun, bila dapat tahu kejadian yang menimpanya, baru saya sedar mungkin itu petanda dia akan meninggalk­an kami buat selama-lamanya,” kata Norazila Abdul Karim, 27.

Norazila adalah isteri kepada Muhammad Hilme Zakaria, 29, iaitu cucu saudara kepada Fatimah Mat Isa, 68, yang dipanggil dengan panggilan Tok Tam, antara mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Ipoh, kelmarin.

Beliau berkata, mereka bertolak dari Kulim bersama dua keluarga yang terbabit dalam nahas berkenaan ke Pulau Pangkor pada awal pagi Ahad lalu dengan menaiki dua kenderaan berasingan.

Katanya, mereka merancang percutian bersama ke Pulau Pangkor sejak seminggu lalu, namun, dua keluarga berkenaan meneruskan percutian ke Cameron Highlands pada Isnin lalu.

“Sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Tok Tam beberapa kali mengajak kami untuk turut serta ke Cameron Highlands, tapi kami tak boleh pergi sebab suami bekerja pada Selasa.

“Jadi, pada Isnin, kami pulang ke Kulim, manakala mereka pergi ke Cameron Highlands dan dikatakan akan pulang ke Kulim kelmarin,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang, di sini, semalam.

Sementara itu, Muhammad Hilme berkata, dia terkejut menerima khabar berhubung kejadian itu daripada salah seorang anak kepada Fatimah kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

“Kali terakhir kami bertemu mereka di jeti ketika pulang dari Pulau Pangkor untuk mengambil barangan mereka untuk dibawa pulang memandangk­an mereka menaiki kenderaan itu 10 orang.

“Saya ada cakap ramai sangat jumlah yang naik kereta itu, tetapi Tok Tam yang awalnya menaiki kereta bersama kami ketika ke Pulau Pangkor teringin sangat hendak ke Cameron Highlands, jadi arwah naik juga kenderaan dengan mereka yang lain,” katanya.

Muhammad Hilme berkata, biarpun sedih dengan kejadian menimpa ahli keluargany­a itu, namun, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan mendoakan segala urusan pengebumia­n semua jenazah dipermudah­kan.

Laporan BH

 ??  ?? disiarkan semalam.
disiarkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia