Berita Harian

Rayu sumbangan RM80,000 bedah jantung anak

-

Kuala Lumpur: Besar harapan seorang pekerja hotel untuk melihat anaknya yang berusia empat tahun kembali pulih daripada masalah saluran injap ke paru-paru sempit yang dideritai sejak bayi.

Muhammad Fareed Zine, 28, berkata anaknya, Muhammad Firman Ramadhan perlu menjalani pembedahan segera yang membabitka­n kos RM80,000.

Justeru, beliau mengharapk­an sumbangan orang ramai demi merealisas­ikan harapannya untuk melihat anaknya itu kembali sembuh.

Beliau berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan menghidap masalah injap sejak berusia tujuh bulan apabila jari dan bibir kerap bertukar biru, kerap demam selain mudah penat setiap kali melakukan aktiviti menyebabka­n pergerakan terbatas dan harus dikawal.

“Apabila saya merujuk hospital, doktor mengesahka­n Ramadhan mempunyai masalah injap.

“Sejak itu, saya sekeluarga memang mengawal aktiviti Ramadhan kerana tidak mahu dia letih. Sedih melihat keadaannya itu kerana dia masih kecil.

“Pada Februari lalu, keadaan Ramadhan semakin teruk apabila sesak nafas menyebabka­n kami segera mendapatka­n rawatan di hospital sebelum doktor mengesahka­n Ramadhan memerlukan pembedahan,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini.

Muhammad Fareed berkata, dengan keadaan isterinya, Nurul Nadiah Mohamad Tuah, 29, yang tidak bekerja dan pendapatan­nya hanya kira-kira RM3,000 sebulan, beliau mengalami kesulitan untuk mendapatka­n RM80,000 dalam masa terdekat.

Katanya, walaupun Ramadhan tidak bergantung ubat-ubatan, anaknya itu harus menjalani pemeriksaa­n setiap bulan dan beliau

 ?? (Foto Aizuddin Saad /BH) ?? Muhammad Firman Ramadhan bersama bapanya, Muhammad Fareed ketika ditemui di Hospital Gleneagles, Ampang.
(Foto Aizuddin Saad /BH) Muhammad Firman Ramadhan bersama bapanya, Muhammad Fareed ketika ditemui di Hospital Gleneagles, Ampang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia