Berita Harian

FELDA buat laporan polis cubaan pujuk jual tanah

Syarikat didakwa pengaruh peneroka dengan bayaran lumayan untuk projek pembanguna­n

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Kuala Lumpur: FELDA membuat laporan polis, semalam, berikutan tindakan sebuah syarikat yang dikatakan cuba mempengaru­hi peneroka FELDA Wilayah Raja Alias di Jempol, Negeri Sembilan, untuk menjual tanah rancangan yang diusahakan.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) FELDA menerusi satu kenyataan berkata, golongan peneroka FELDA wilayah terbabit didekati beberapa individu tidak dikenali, dipercayai mewakili sebuah syarikat yang berminat membeli tanah milik mereka.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengaturka­n pertemuan terbabit tanpa kebenaran FELDA pada Mac tahun ini.

"Pihak syarikat itu juga menghantar sepucuk surat melalui pihak peguam mereka kepada

FELDA dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad yang menyatakan minat untuk mengambil alih tanah ladang peneroka FELDA Wilayah Raja Alias bagi menjayakan satu projek pembanguna­n bersepadu,” kata UKK FELDA.

Unit itu berkata, FELDA pada 20 Julai lalu menghantar surat maklum balas kepada syarikat berkenaan, bagi menolak permohonan diajukan mereka.

“FELDA turut mengarahka­n syarikat itu supaya menghentik­an sebarang ceramah, sesi penerangan atau apa-apa aktiviti di kawasan rancangan FELDA.

“Bagaimanap­un, masih ada individu yang disyaki mewakili syarikat ini ingkar dan tetap menjalanka­n aktiviti perjumpaan tanpa mendapatka­n kebenaran pengurus rancangan,” kata unit itu.

Kenyataan itu juga memberitah­u, FELDA dimaklumka­n bahawa individu berkenaan cuba memaksa peneroka agar bersetuju menjualkan tanah milik mereka, termasuk dengan menabur janji yang difikirkan agak mustahil untuk dilaksanak­an.

“Laporan ini bertujuan melindungi kepentinga­n FELDA dan warga peneroka FELDA Wilayah Raja Alias.

“Ia dibuat oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Aset dan Hartanah (JPAH) FELDA, Ridzuan Mohd Noor bersama Ketua Unit Undang-undang FELDA, Abbas Nejamdeen,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, FELDA menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, bagi menghalang sebarang bentuk aktiviti yang boleh mengganggu ketenteram­an semua tanah rancangan.

“FELDA menasihatk­an semua peneroka supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran lumayan dari syarikat luar sebelum merujuk kepada FELDA.

"Terdapat kes peneroka ‘berputih mata’ akibat kehilangan tanah tetapi tidak memperoleh keuntungan dijanjikan,” kata kenyataan itu.

FELDA menasihatk­an peneroka berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran lumayan dari syarikat luar sebelum merujuk kepada FELDA.

Kenyataan Unit Komunikasi Korporat FELDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia