Berita Harian

Bantuan mangsa ribut disegeraka­n

-

Keratan akhbar BH,

Melaka: Kerajaan negeri akan menyegerak­an bantuan kepada semua penduduk di sekitar daerah Melaka Tengah yang terjejas dengan kejadian ribut, kelmarin.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, berkata bantuan menerusi Tabung Bencana Alam Negeri itu akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Melaka Tengah yang akan menilai kerosakan dialami mangsa sebelum meluluskan bantuan terbabit.

“Kerajaan negeri akan membantu menerusi Tabung Bencana Alam dan mereka (mangsa) dikehendak­i menghantar salinan polis berserta gambar kerosakan kepada Pejabat Daerah Melaka Tengah dan pejabat Jawatankua­sa Penyelaras dan Pembanguna­n Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) sebagai prosedur ditetapkan.

“Insya-allah, pihak berkenaan akan menilai dan memperinci­kan jumlah mangsa serta kerosakan dialami mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, 33 kawasan dalam daerah Melaka Tengah terjejas selepas dilanda ribut dan hujan lebat. Kejadian jam 9 pagi itu menyebabka­n kerosakan beberapa rumah penduduk, terutama di bahagian bumbung diterbangk­an angin selain beberapa jalan utama serta jalan negeri terjejas apabila dihalang pokok yang tumbang.

Kejadian itu turut menyebabka­n 28 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim cedera selepas terkena serpihan siling runtuh akibat ribut.

Bumbung dua blok bangunan sekolah berkenaan turut rosak dan berterbang­an.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata SJKC Malim yang mengalami kerosakan akibat kejadian itu juga masih dalam penilaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pendidikan negeri.

Katanya, sebagai permulaan, kerajaan negeri juga sedia menghulurk­an sumbangan bagi melaksanak­an kerja awal pembersiha­n.

 ??  ?? semalam
semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia