Berita Harian

8 negeri terima manfaat pelan gentian optik

KKMM anggar 40,000 penduduk nikmati perkhidmat­an 3G, 4G

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menganggar­kan 40,000 penduduk di 93 mukim merangkumi lapan negeri akan menerima manfaat daripada pelaksanaa­n projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara 1 (NFCP 1).

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata projek yang bermula pada 15 Februari lalu itu bertujuan menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar mudah alih di 152 tapak.

Beliau berkata, kelapan-lapan negeri itu ialah Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang,

Perak, Terengganu dan Sabah.

“Inisiatif ini dijangka siap dalam tempoh 12 bulan bagi 147 tapak, manakala 24 bulan untuk baki lima tapak memandangk­an lokasinya yang agak jauh di pedalaman.

“Sabah akan mendapat manfaat terbesar, iaitu 50 tapak (32.9 peratus) daripada keseluruha­n 152 tapak.

“Edotco Malaysia Sdn Bhd dianugerah­kan untuk membina 24 tapak struktur menara komunikasi, manakala FGV Prodata Systems Sdn Bhd, 26 tapak.

“Selepas menara berkenaan siap dibina, U Mobile Sdn Bhd pula akan bertanggun­gjawab untuk pemasangan alat pemancar komunikasi dan pemberian perkhidmat­an mudah alih di semua 50 tapak. Di bawah inisiatif ini, pengguna akan menikmati perkhidmat­an 3G dan 4G,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Chan Foong Hin (Ph-kota Kinabalu) yang mahu kementeria­n menyatakan secara terperinci butir tender Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membina 50 menara telekomuni­kasi di bawah fasa pertama NFCP 1.

Di bawah inisiatif ini, Zahidi berkata, U Mobile Sdn Bhd selaku pemberi perkhidmat­an sejagat yang akan menjadi pemilik kepada semua 50 menara bagi memastikan kesinambun­gan pengoperas­ian dan penyelengg­araan menara telekomuni­kasi terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia