Berita Harian

CTOS pertimbang penyenarai­an di Bursa Malaysia

-

Syarikat peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) tempatan, CTOS Holdings Sdn Bhd (CTOS) mempertimb­angkan tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia yang akan menjana kira-kira AS$150 juta (RM629 juta), menurut individu yang mempunyai pengetahua­n mengenai perkara itu.

CTOS, yang disokong oleh firma ekuiti swasta, Creador, ketika ini sedang bekerjasam­a dengan beberapa penasihat berhubung potensi penjualan saham kali pertama.

“Ia mungkin berlaku seawal suku kedua,” kata sumber itu, yang enggan dinamakan kerana maklumat berkenaan adalah sulit.

Sumber berkata, perbincang­an penyenarai­an itu masih berada pada peringkat awal dan keputusann­ya mungkin akan berubah mengikut kesesuaian semasa.

CTOS menyediaka­n data dan analisis kepada pelanggan untuk membantu mereka menguruska­n risiko kredit dan mencegah penipuan.

Ketika diminta mengulas mengenai perancanga­n IPO ini, wakil Creador hanya menyatakan firmanya masih meninjau pilihan IPO.

CTOS pula bagaimanap­un enggan mengulas mengenai perkara berkenaan. BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia