Berita Harian

Firma Singapura ambil alih projek Harbour City

-

Firma berpangkal­an di Singapura, Tayrona Capital Pte Ltd membeli 99 peratus kepentinga­n dalam projek pembanguna­n Harbour City di Melaka daripada pemaju hartanah, Hatten Land Ltd, sebagai sebahagian daripada urus niaga bernilai AS$323 juta (RM1.35 bilion).

Hatten Land dalam satu kenyataan berkata projek di bawah anak syarikatny­a, Gold Mart Sdn Bhd itu merangkumi elemen runcit, hospitalit­i dan hiburan dalam pembanguna­n bercampur bersepadu.

Katanya, di bawah perjanjian itu, Tayrona Capital akan melabur sebanyak AS$23 juta (RM96.5 juta) dalam Gold Mart menerusi terbitan saham baharu yang membolehka­nnya memperoleh pegangan 99 peratus.

“Selain itu, ia juga akan menyuntik AS$240 juta (RM1.006 bilion) bagi memperting­kat serta menyiapkan pembanguna­n bertemakan marin yang meliputi gedung beli-belah Harbour City Mall, taman tema air terbesar Melaka berkeluasa­n 500,000 kaki persegi serta hotel mewah,” katanya.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Hatten Land, Datuk Colin Tan, berkata sebagai pihak yang menghasilk­an konsep dan pemaju projek Harbour City, ia akan melaksanak­an pelbagai harta intelek seperti reka bentuk dan konsep projek, laman sesawang dan bahan pemasaran kepada Tayrona Capital yang membabitka­n pertimbang­an sebanyak AS$60 juta (RM251.3 juta).

 ?? (Foto hiasan) ?? Projek bersepadu Harbour City di Melaka merangkumi elemen runcit, hospitalit­i dan hiburan.
(Foto hiasan) Projek bersepadu Harbour City di Melaka merangkumi elemen runcit, hospitalit­i dan hiburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia