Berita Harian

Moody’s beli kepentinga­n MARC

-

Moody’s Corporatio­n membeli kepentinga­n minoriti dalam Malaysian Rating Corporatio­n Bhd (MARC), agensi penarafan kredit yang menawarkan khidmat dalam pasaran bon dan sukuk domestik Malaysia.

Agensi penarafan global itu dalam kenyataan berkata, pelaburan berkenaan mengukuhka­n kehadirann­ya di Asia Tenggara dan pasaran bon domestik di seluruh dunia, selain meningkatk­an kedudukann­ya sebagai peneraju kewangan Islam.

Katanya, MARC yang berpusat di Kuala Lumpur menawarkan perkhidmat­an yang merangkumi korporat dan institusi kewangan, dengan kekuatan utama dalam infrastruk­tur serta pembiayaan projek.

“Sebagai tambahan kepada perkhidmat­an penarafann­ya, MARC menyediaka­n penyelidik­an ekonomi dan pendapatan tetap, penyelesai­an risiko kredit, penawaran berkaitan kemampanan dan program latihan dalam talian yang berkaitan dengan kewangan.

“Pelaburan ini mengukuhka­n kehadiran Moody’s di Malaysia, pasaran utama dalam ASEAN. Malaysia mempunyai pasaran bon korporat domestik terbesar di rantau ini dan menjadikan­nya hab global untuk kewangan Islam, dengan pasaran sukuk terbesar di dunia,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmat­an Pelabur Moody’s Asia Pasifik, Wendy Cheong, berkata pasaran bon domestik Malaysia yang kukuh menawarkan peluang menarik kepada Moody's.

“Kami sangat teruja untuk membina perkongsia­n dengan

MARC dan portfolio penarafan dan perkhidmat­annya yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARC, Datuk Jamaludin Nasir, berkata MARC adalah peneraju dalam bidang penarafan sukuk, sudah menaraf penerbitan sukuk korporat tunggal terbesar dan sukuk penting lain.

“Kerjasama strategik dengan Moody’s ini memperdala­mkan komitmen MARC terhadap pembanguna­n pasaran modal Malaysia yang mampan,” katanya.

Pelaburan itu melengkapk­an penarafan dan liputan penyelidik­an rentas sempadan Moody’s yang ada di Malaysia serta aktiviti jangkauan pasarannya, termasuk persidanga­n tahunan Inside ASEAN dan Taklimat Kewangan Islam yang diadakan di Kuala Lumpur.

MARC akan terus beroperasi sebagai entiti bebas dan akan terus dipisahkan daripada Moody’s Investors Service dan proses dan aktiviti penarafan kreditnya.

Pelaburan ini mengukuhka­n kehadiran Moody di Malaysia, pasaran utama dalam ASEAN.

Kenyataan Moody's Corporatio­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia