Berita Harian

Sumbangan Airbnb kepada KDNK Malaysia RM3.9 bilion

RM11.8 bilion dibelanjak­an tetamu dari 2015 hingga 2019

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Pengendali penginapan dalam talian, Airbnb, menyumbang RM3.9 bilion kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia dan menyokong lebih daripada 52,100 pekerjaan tempatan pada 2019, demikian mengikut laporan Oxford Economics.

Laporan bertajuk Impak Ekonomi Airbnb di Malaysia itu turut mendedahka­n, dari 2015 hingga 2019, tetamu Airbnb sudah membelanja­kan sejumlah RM11.8 bilion, meningkat pada kadar tahunan sebanyak 79.6 peratus di Malaysia.

Katanya, bagi setiap RM100 yang dibelanjak­an oleh pelancong Airbnb di luar penginapan mereka, kira-kira RM49 dibelanjak­an untuk membeli-belah, aktiviti dan barang lain yang berkaitan sementara RM24 dibelanjak­an untuk restoran.

“Walaupun sebahagian besar perbelanja­an itu berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, namun laporan ini memperkuku­hkan bahawa Airbnb membawa manfaat pelanconga­n kepada komuniti lain.

“Kawasan seperti Johor dan Sabah juga menyaksika­n bahagian sumbangan mereka kepada KDNK nasional meningkat dua kali ganda dari 2015 hingga 2019, masing-masing daripada 4.0 peratus kepada 9.3 peratus dan 4.9 peratus kepada 10.7 peratus.

“Laporan ini juga mendapati sebelum COVID-19, Airbnb mewujudkan peluang untuk keluarga, perniagaan kecil dan komuniti yang mendapat keuntungan daripada penginapan sewa jangka pendek di seluruh Malaysia dan rantau Asia Pasifik,” katanya.

Sementara itu Pengarah Dasar Awam Asia Pasifik Airbnb, Mike Orgill, berkata pemulihan ekonomi negara dan pemulihan industri pelanconga­n Malaysia amat berkait rapat.

Laporan baharu itu, katanya, mengesahka­n bahawa komuniti Airbnb adalah cara yang terbukti berkesan untuk mengembang­kan sektor pelanconga­n Malaysia, yang membantu komuniti tempatan mewujudkan puluhan ribu pekerjaan.

“Walaupun laporan ini membincang­kan situasi tahun lalu, kami percaya ia memberi pandangan yang tepat pada masanya untuk masa hadapan dalam mempertimb­angkan sama ada kerangka kerja kawal selia semasa kekal relevan dan bersesuaia­n.

“Peraturan yang mungkin berkesan sebelum COVID-19 mungkin tidak berkesan selepas COVID-19.

“Airbnb komited untuk bekerjasam­a dengan kerajaan, agensi pelanconga­n, komuniti dan pemegang kepentinga­n tempatan yang lain di Malaysia untuk membantu memulihkan industri pelanconga­n dalam cara yang bertanggun­gjawab, sekali gus membuka jalan ke arah pemulihan sektor pelanconga­n yang amat diperlukan,” katanya ketika sesi wawancara maya bersama media terpilih, baru-baru ini.

Pengarah Perundinga­n Ekonomi Oxford Economics di Asia,

James Lambert, berkata Airbnb memainkan peranan penting dalam menyokong pemulihan pelanconga­n domestik pasca COVID-19.

Katanya, ia boleh dilaksanak­an dengan membantu isi rumah, terutama buat mereka yang ingin menggantik­an destinasi pelanconga­n antarabang­sa kepada pelanconga­n domestik termasuk menemui kawasan baharu di negara mereka sendiri untuk dikunjungi.

Dalam hal ini, katanya, Airbnb mungkin dapat memainkan peranan penting dalam menyediaka­n penyelesai­an penginapan ke pasaran yang kurang dibekalkan atau kurang menjadi tumpuan.

“Kajian kami mendapati pada 2019, 63 peratus tetamu menginap di 66,000 penginapan Airbnb di seluruh negara, berbanding 43 peratus pada 2015.

“Angka ini sejajar dengan pelanconga­n domestik yang menjadi pemacu utama sektor ini, kerana pelancong domestik mewakili sekitar separuh ekonomi pelanconga­n negara pada 2019.

“Trend menaik ini sejajar dengan lonjakan baharu dalam tempahan perjalanan domestik di Malaysia berikutan penghapusa­n sekatan perjalanan di seluruh negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Mike Orgill

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia